Tuesday, April 28, 2009

.arah kehidupan.



Dulu-dulu masa sekolah rendah lagi, cikgu sudah ajar saya yang bumi ini ada empat arah mata angin utama.oh.dalam subjek kajian tempatan kalau tidak salah ingatan saya. Lalu arah mata angin bertambah lagi empat bila kita ke kelas geografi pula di sekolah menengah. Arah mata angin itu bagi saya untuk mudahkan segala urusan. Urusan si pengkaji cuaca.atau urusan pembawa kapal-kapal atas laut yang luas agar tak sesat di tengah laut lalu ditahan lanun.

Allah menciptakan segala sesuatu itu dengan hikmah.kita belajar dari apa yang kita lihat dan kita lihat kebaikannya untuk aplikasi dalam hidup.bumi sahajakah ada arah?

Hidup juga perlu berarah.
Arah bertujuan dan bermatlamat.

Beri satu contoh untuk difikir-fikir dan direnung-renung supaya otak tak beku dan malas berfikir :

**Seorang remaja lelaki berkulit cerah dan bertubuh sederhana gempal telah tersesat jalan di dalam sebuah kampung bernama kampung periuk terbalik.lelaki tersebut baru pulang dari sebuah tempat pelik bergelar negeri Nottingham.pelik didengar bagi orang-orang tua di kampung yang biasa bercakap dalam loghat mereka dan hidup dalam ruang lingkup mereka sahaja.

Lelaki tersebut berada ditengah-tengah persimpangan kampung yang punya empat penjuru semuanya .yelah,kampung periuk terbalik ini letak duduknya cukup strategik.boleh berhubung jalan darat dengan mana-mana kampung di daerah itu.

Ada empat simpang.mana satu kena pilih? (kata lelaki itu dalam hati)

Tiba-tiba lalu seorang pakcik tua berjanggut putih panjang dan berbaju jenama pagoda (alah, yang t-sirt nipis warna putih) kebetulan lalu disitu dengan menaiki vespa tuanya berwarna kuning tompok-tompok hijau yang separuh umurnya.mungkin.kelihatan terlalu uzur.

“assalamualaikum pakcik ! .mana satu simpang yang saya kena pilih ni ye?”

Sreeetttt...(bunyi vespa kuning pakcik tercungap-cungap cuba berhenti)

“uhuk..uhuk..ye nak,kamu ni nak kemana?” (pakcik tua mengelap-ngelap peluh didahi)

“saya..saya..” “saya tak tahu pakcik” remaja lelaki garu-garu kepala sepertinya ada kutu sahaja.

“ehm? Tak tahu ye.kalau macam tu,pilihlah mana-mana jalan pun..”

Vroooommm~
vespa pakcik menghadiahkan asap kelabu berkepul-kepul tebal pada remaja lelaki itu.lalu vespa kuning bertopok hijau hilang daripada pandangan.

Boleh dapat apa dari cerita yang hanya direka saya ini? maaflah kalau isi yang mahu disampaikan tak dapat difahami.saya bukan tukang cerita yang handal.masih belajar.

Tapi,apa jua kesimpulannya, angin sendiri tak mampu membantu sebuah kapal yang tak tahu arah tujuan.tapi Jalan dalam hidup ini akan disediakan Allah andai hidup kita bertujuan dan bermatlamat. Tanpa panduan wahyu,manusia akan sibuk mencari.namun, mencari sesuatu yang tidak pasti, apakah mungkin saya atau sahabat sekalian temui?

“tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itubenar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman” (al-nahl : 79)

Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.Allah telah beri garis panduan dalam hidup. Syariatullah dan sunnatullah.itu kebesaran-Nya.tinggal saya dan sahabat semua untuk jadi hamba-Nya yang bersyukur.berjalan dimuka bumi dengan berfikir penuh bijaksana.

Saya yang dalam kembara hidup.semua juga begitu.titik.

Sunday, April 26, 2009

siapa awak?

Seorang sahabat bertanya pada saya : “kalau enti lah kan, apa enti nak jawab kalau ana tanya siapa enti sebenarnya? .noktah. soalan sahabat saya berhenti takat itu sahaja. Saya senyum pada sahabat. Biskut di tangan saya letak semula dalam tupperware . mahu jawab apa ya?. saya jawab : “ana nak bagi jawapan ana hamba Allah yang biasa saja boleh?”. sahabat saya yang ini memang suka betul tanya soalan memerah otak.soalan dia biasa saja. Tapi kalau mahu dihujahkan panjanglah juga .jadi, saya kelaskan soalan yang dikatakan biasa itu sebagai soalan memerah otak saya.

Lalu perbincangan jadi panjang.biskut dalam tupperware hampir habis tanpa disedari sebab bercakap dengan terlalu ashik dalam masa yang sama tangan tak berhenti mengambil biskut dan mulut terus mengunyah. Tambah lagi bila sahabat-sahabat yang lain join sekali usrah + jamuan biskut kami.macam-macam yang nak diceritakan.macam tak berjumpa bertahun pula. =)


Bila banyak sangat yang nak dikongsikan, masa yang dah merangkak ke senja pun boleh jadi tak sedar.azan maghrib boleh dengar dengan jelas.maka secara tak langsung usrah + jamuan biskut kami berakhir begitu sahaja.

Maka apa ya? Siapa awak? Siapa juga saya?

Kesimpulan yang panjang selepas difikir-fikirkan soalan memerah otak ini ialah ..


******************************************


Kalau orang lain tanya siapa awak? Antara jawapannya mungkin :


** saya kakak kepada 12 adik.
** aku anak orang terkaya.
** saya pelajar paling hebat.
**beta sultan paling handsome.
**kawe ore kelate.
**ana daripada jurusan ekonomi.

Jawapan pelbagai yang direka saya.agaknya sahaja akan ada yang jawab begitu.


Untuk tahu siapa kita sebenarnya sangat penting.ahli psikologi merumuskan kelakuan seseorang mengikut identitinya.

“SIAPA ANDA,MENENTUKAN BAGAIMANA ANDA MELIHAT.APA YANG ANDA LIHAT ITULAH YANG ANDA DAPAT”

Jadi kefahaman perlu ada supaya sesiapa jua yang mahu lakukan perubahan dalam diri (saya juga ya) tahu secara tepat perkara apa yang perlu beri tumpuan supaya perubahan yang dimahukan itu tepat dan dapat hasilkan kejayaan DUNIA DAN AKHIRAT.insyaAllah.


Contohnya begini.kalau saya beri situasi : siapa anda menentukan apa yang anda lihat.maksud saya, perspektif anda sahabat-sahabat sekalian bila melihat sesuatu.

Situasi : pantai yang lautnya biru.ombak perlahan.pantai memutih.pokok kelapa bertaburan ditepi pantai.

Orang biasa bila lihat pantai yang cantik dan bersih akan kata: “wah,cantiknya tempat ni.lain kali boleh datang lagi”. Nelayan pula bila lihat laut : “ini tempat aku cari rezeki.dimata si nelayan boleh nampak gambar ikan,sotong,ketam,udang dan yang sewaktu dengannya. Si penyelam mutiara pula bila lihat laut : “tempat ini tempat aku kutip mutiara yang banyak.selepas kutip.jual dengan harga yang baik.boleh sara hidup keluarga”. Penggali petroleum pula katanya : “laut ini bagus.tempat gali minyak”.

Maka?. Tafsiran setiap orang tentang laut, perspektif mereka itulah menentukan siapa mereka sebenarnya.dimana akal diletakkan untuk berfikir dan menghayati hidup.

Akal yang rasional akan selalu ingat : aku ini siapa? Aku ini hamba Allah yang daif. Tapi kalau ditanya pada hati? Apa perasaan kita terhadap Allah? Terhadap perintah-perintah-Nya? Terhadap hukum-hakam-Nya? Terhadap Qalam-Nya al-Quran yang mulia?

Akal dan hati tak selalunya berjalan seiring.kadang-kadang hati jadi sombong dengan akal. Akal juga kadang-kadang riak dengan hati dan selalu menidakkan rasa hati.justeru perlu apa? Untuk tahu siapa kita, mantapkan akidah.semaikan iman dalam hati. Suburkan jiwa dengan rasa takut pada Allah.basahkan lidah dengan zikrullah.apabila kita ini hamba Allah yang taat, maka kita itu hamba Allah yang akan dipermudahkan segala urusan dalam hidup.
Merasa kasih-sayang dari-Nya.kembara hidup terasa bermakna.tiada lagi rasa sesal dalam urusan duniawi yang sahamnya akan dibicarakan di akhirat kelak.itulah kita.

saya yang juga menulis untuk dikongsi dengan semua menegur kekerdilan diri yang penuh dengan kelemahan.itu sifat semulajadi menusia kan? .ingatlah daripada DIA kita datang, kepada DIA juga kita kembali.

** Wallahualam.


Erti Muslimah.

** Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang ): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

** Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

** Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

** "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

** “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

** "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

** Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki ciri-ciri seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.


** Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

Artikel ini tidak ditulis (ditaip) oleh saya.

Perkongsian ilmu daripada sahabat.

Semoga bermanfaat.

Ilmu itu akan lebih bermakna jika dikongsi.benar?
=)

Thursday, April 23, 2009

muhasabah.

kita selalu bertanya dalam diri.namun Al-Quran telah pun ada jawapannnya..

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan: 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah Maha mengetahui orang-orang yang dusta"(surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".(surah Al Baqarah:216).

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"ALLLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(surah Al Baqarah:286)

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".(surah Al-Imran : 39)

KESEORANGAN?

"Cukuplah ALLAH bagiku, tiada tuhan selain dari-NYA, hanya kepada-NYA aku bertawakal."
(surah At-Taubah : 129)

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI..

"..dan janganlah kamu berasa putus asa daripada rahmat ALLAH, sesungguhnya tiada berputus asa dari ALLAH melainkan kaum yang kafir."(surah Yusuf: 12)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

"sesungguhnya ALLAH telah memberi orang-orang diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (surah At Taubah : 111)

BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH)dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(surah Al Baqarah:45)

"Wahai orang-orang yanag beriman, bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).


** perkongsian saya bersama sahabat : asilah
** semoga beroleh manfaat bersama.

=)

Sunday, April 19, 2009

pameran buku.

Ke pameran buku semalam.
sudah lama tidak menjamu mata dengan buku-buku.
Rasa seronok lihat buku-buku begitu banyak.namanya pameran buku.tapi buku bukan untuk dipamer sahaja ya.tujuan utama untuk dijual.

Maka,saya yang memegang duit rasa ringan tangan untuk beri duit pada penjual.sungguh. cinta pada buku buat saya jadi pemurah pula.pemurah kepada penjual buku.pemurah juga untuk manjakan diri dengan membaca. =)

Kajian dunia mendapati :

Rakyat Malaysia malas membaca.baca buku 2 helai muka surat setahun.
ini kajian yang sudah bertahun.sudah bersawang kajian ini.
tapi kebenaran tidak boleh diselindung.benar juga.

kajian oleh saya sepanjang separuh hari di pameran buku :

** ramai sungguh rakyat Malaysia di pameran buku.mahu berjalan pun rasa susah.rasa seperti sedang baru belajar berjalan.sebab berjalan perlahan-lahan.
Komen : pameran buku perlu dibuat di tempat yang lebih besar.perlu sistematik kerana jumlah pelawat @ pembeli@ pelihat@ pelancong ke pameran buku khabarnya bertambah setiap tahun

** pameran buku paling laris dan ramai peminat jatuh kepada gerai yang menjual komik , penulisan ringan dan majalah hiburan.
Komen:perkara biasa.rakyat Malaysia terlalu suka komik-komik dan kartun-kartun.remaja lebih suka yang ini daripada buku ilmiah.terlalu suka hingga keluar dari PWTC membawa beg penuh majalah-majalah hiburan yang murah dan komik-komik biasa yang dibeli dengan harga murah selepas diskaun.mereka sudah dibiasakan keluarga.tidak ditegur bila terlalu banyak baca majalah hiburan.tak salah kalau ada pepatah kata “otak rakyat Malaysia kalau dijual paling laris” sebab paling sikit diguna.masih banyak ruang kosong untuk diisi dengan ilmu-ilmu yang lebih penting.

** gerai menjual buku agama rasa sejuk mata memandang.sebab muka depan yang ditayang di setiap buku @ majalah gambar-gambar yang manis dilihat mata.ayat-ayat al-Quran juga banyak. Rasa penat berjalan hilang sedikit bila ke gerai menjual buku agama.
Komen: tak sepenuh dan semeriah gerai menjual majalah hiburan dan komik.tapi masih boleh dibanggakan.masih ramai berminat dengan buku-buku agama @kitab –kitab.tapi yang penuh di gerai ini hanya mereka yang sudah lepas usia remaja.dan juga mereka yang memakai kopiah, dan apa jua pakaian yang manis dipandang.

** terlalu banyak penjual novel picisan.
Komen: Remaja juga yang ramai disini.saya juga ada.mencari novel-novel yang baik untuk pengisian minda dan pentajaman bahasa.novel-novel cinta islamik tak sebanyak novel biasa.perlu dibanyakkan agar dapat membangun jiwa remaja.untuk mendekati dan memahami remaja,kita perlu didik mereka dengan BAHASA MEREKA.kalau itu kesukaan mereka,maka cara itu perlu didekati. Boleh terima pendapat saya?

Saya yang suka memerhati.moga dapat ke pameran buku lagi.mencari buku yang ada ilmu baik di dalamnya.semoga saya yang membaca dan sesiapa yang pernah membaca dalam hidup beroleh manfaat dengan membaca.

=)