Wednesday, March 28, 2012

tak rugi pun :)

Bismillahirrahmanirrahim.


kempen hari ini: mari kita sama sama BERUSAHA menutup aurat dengan sempurna. sebab,,, saya sayang saudara saudara perempuan saya semua :)




yang penting sekali, Allah suruh kita tutup aurat dengan sempurna sebab Allah sayang kita :)

dan, disini, suka untuk saya kongsikan link klik sini from aiman azlan on Dress For Success, Muslim Style! hopefully sangat membantu dan berlapang dada tengok si aiman azlan mengomel ye :) 

oh,oh,lagi ni ha, kalau dapat cari dan baca solusi isu 41 on 'tutup aurat supaya selamat' insyaAllah sangat membantu juga :) (tak larat nak taip panjang panjang. orang bukan suka baca pun post panjang panjang - sebab saya pun malas kadang kadang baca artikel/post panjang berjela. hehe.. so, we make it short and simple oke! )

buat yang masih berusaha untuk memperbaiki diri dalam menyempurnakan penutupan aurat anda + mahu istiqamah, i would like to share with you one Quranic verse from al-Baqarah: 153, " O you who believe, seek help through patience & prayer, indeed Allah is with the patient ". 

jom tutup aurat dengan sempurna. TAK RUGI PUN! :) 

p/s: tengah dengar lagu baru from Maher Zain - Number one for me. i would love to dedicate this song to umi wardah, umi ha, and umi zainab. sayang semua ♥



Tuesday, March 27, 2012

Tuhan itu dekat

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah.rasa lega +tenang +relaks sedikit bila dapat juga akhirnya merasa mid-semester break yang cuma seminggu. sukasuka :) so, naik aje cuti, another 2 months to go before final exam and attachment. syukur juga pada Allah kerana semester kali ni merasa masa lebih terisi dengan banyak aktiviti selain berusaha semampu mungkin berhempas pulas dengan buku buku pelajaran. usrah dengan kak raihan pun alhamdulillah tak pernah miss setiap minggu. rasa hati ni selalu ada bekalan. seronok! :) 

tapi, dalam sibuk sibuk akrimi, banyak lagi manusia lain yang lebih lebih sibuk. (perasan busy betul lah dia ni.hehe.).maaf ya pada siapa siapa yang merasa kekurangan perhatian atau kasih atau sayang akrimi pada dia untuk jangka waktu ini. huhu. akrimi selalu ingat kalian :) moga Allah selalu bersama sama kita :)

untuk post yang ini, mari kita kongsi sikit cerita pasal sifat hati. maklumlah, semua orang pun ada kerja masing-masing, ada urusan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. amanah yang wajib ditunaikan bla.bla.bla..jadi, bilamana kita ini terlalu banyak urusan, kadang-kadang kita ter-lepas pandang atau tak ter-ingat untuk memperbanyakkan masa kita mengingati Allah. dalam 24 jam sehari, berapa jam @minit@ saat kita ingat pada Dia? (jangan angkat tangan untuk jawab.sila monolog aje dalam hati). 


perasan tidak kalau kita ini terlalu immersed dengan urusan dunia kan, hati kita tak tenang? kita rasa gelisah. andddd,, rasa macam tak best lah. so, hari tu akan jadi - 'the worst day of my life'. Islam dah provide ubat paling mujarab pada penyakit hati geli-gelisah ni. dulu-dulu, waktu zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang sahabat nabi ni muka dia sangat sedih dan murung. dia pun pergi berjumpa Ibnu Mas'ud. lalu lelaki ni pun berkata, "wahai Ibnu Mas'ud, berikan kepadaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk hatiku yang gelisah ini. sejak akhir-akhir ni, perasaanku tidak tenteram, jiwaku gelisah, fikiran kusut, makan tak lalu, tidur pun tak lena". habis aje lelaki itu luahkan perasaan dia, Ibnu Mas'ud pun cakap, "sekiranya itulah penyakit yang menimpa keatas kamu dan jiwamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat". iaitu:

  • tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
  • majlis ilmu yang mengingatkan kamu pada Allah swt.
  • tempat dan waktu yang mana kamu dapat beribadat pada Allah dengan khusyuk dan ikhlas.

 bestkanbestkan? senang aje sebenarnya nak merawat hati. banyak-banyakkanlah ingat pada Allah sebab hati kita akan jadi tenang seperti yang Allah dah janjikan dalam surah al-Ra'du. itu jaminan dari Allah pada kekasih kekasih Dia dan cara Allah membalas cinta kita pada Dia :) 

cintailah Allah.kita tak rugi. cinta itu datang dengan rohnya. :) 

p/s:a'la kulli hal, ya Allah, AI SHI TE RU!!! :)





Friday, March 9, 2012

kerana Allah menyayangi kamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah gerakkan hati ini. untuk terus kuat! dan diri ini akan terus terus kuat. kerana diri ini mahu menyambut kasih sayang Dia :)


"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa." (Muhammad bin Abdullah saw)

dan,
akrimi mahu terus tersenyum senang. biar pun ribut dan hujan menenggelamkan pelangi indahnya :). kerana,

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

akrimi hamba yang kerdil.dia tak tahu urusan Tuhannya. maka akrimi akan berusaha untuk terus senyum dan lapang hati. walaupun dia sendiri tahu langit tak selalu cerah, bintang bukan selalu kelihatan, siang akan berganti malam. hidup ini tak mudah. lalu mujahadah itu pahit, syurga itu manis :)

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
(Salim A Fillah)




:)

Saturday, February 18, 2012

searching for a nur

Bismillahirrahmanirrahim.


Ambillah aku kembali ya Allah. peluklah hati ini dengan cinta-Mu ya Allah.ambil aku.. sungguh.
“ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang” (ar-Ra’d: 28)
p/s: aku mahu dekat dengan-Mu. Dekat sangattt. Aku mahu jadi hamba-Mu yang rabbani. Yang segenap sisi hidupku ini berhubung dengan-Mu. Hanya kerana-Mu Tuhan. Sedihnya hati ini ya Allah. sedih.

♫ sesungguhnya: Raihan


wind rustling the trees

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah wa syukur lillah. Terima Kasih buat Dia yang sudi pinjamkan gas oxygen, buat diri ini masih boleh bernafas saat bangun dari tidur yang lena malam tadi. Yeay! J Masih kuat dan sihat untuk berjalan dalam hidup, untuk diri ini merasa senang melihat kisah hidup sendiri. Yang insyaAllah dengan sekuat hati akrimi, membina sebanyak mungkin kebaikan dan kebaikan yang faktanya, masih sangat kurang.
Oh.terima kasih berbakul bakul buat kawan tercomel, cik aida nabihah sebab ajak akrimi ni pergi ta’alim hari khamis lepas yang full house. Suka! J Kalau tak, entah apa ajalah yang akrimi ni akan buat malam malam hari. Tidur awal agaknya! Ahah.
Ta’alim: ukhuwwah kasih sejarak 2 jari (part II) memang best. subhanAllah! Rasa terisi sungguh hati ni. Rasa hati ni diketuk berkali kali supaya cepat cepat muhasabah balik ukhuwwah yang kita dah bina dengan sahabat sahabat kita. ukhuwwah yang bukan hanya kita bina dengan sahabat sahabat dalam usrah, tapi dengan semua orang.
Actually sangat tertarik bila starting aje, ada sorang student lelaki ni (entah tak tau sapa, tapi dialah yang dijemput baca quranic ayat once the programme started), quoted surah Ali-Imran verse 102-105. Tafsir ayat tu sangat best. Nak tau? Sila buka tafsir anda dan cek. Jangan malas malas oke J


Know what, manisnya ukhuwwah ni hanya akan dapat kita rasa bila kita ni berkasih sayang kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. solely because of Him. Semua ni sebenarnya, menunjukkan tahap iman kita. so, ukur ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak cukup lagi ukurannya, perbaikilah insyaAllah J manisnya ukhuwwah ini hasilnya ialah kepuasan dalam jiwa. Jiwa yang cantik sebab jiwa itu jiwa yang bernafas dalam iman. Macam contoh yang ustaz mazrul bagi, sekumpulan lelaki yang pakai jersey yang sama, warna yang sama, team yang sama, then, together watch a football game, the team win and all of them berasa suka gumbira riang ria, rasa puas. Lebih kurang macam tu lah ukhuwwah should works. Berukhuwwah dan merasa puas insyaAllah. Manisnya ukhuwwah ini juga work well when it blends dengan tasammuh (tolak ansur) dan tabayyun (menerima dan memaafkan). Memang susah juga untuk dengan seikhlas hati membina this two things dalam hati. It will only grow up well in the heart, bila kita ini cinta, ya, cinta pada sahabat kita. sepertimana cintanya sahabat sahabat Nabi Muhammad saw antara mereka untuk membangunkan Islam. subhanAllah!
Berukhuwwah lah kerana Allah. hanya kerana Dia. hidupkan Islam dalam jiwa!