Tuesday, November 8, 2011

bila angin menari, hatiku berlagu senang

Bismillahirrahmanirrahim.


"love is sacrifice. thus, sacrifice what you love the most"


waktu sedang berbuka puasa sunat hari Arafah tempoh hari, suara takbir dari surau dekat rumah tu buat air mata ni menitik. entah kenapa hati ni dengan sukarelanya dia-berasa sayu semacam. (macamlah kamu tu duduk oversea dan tak dapat dengar takbir raya secara live dari ceruk mana-mana pun akrimi uit) - sebenarnya sedang memahami perasaan gula melaka :) maklum sajalah, akrimi dan falsafah air matanya sangat kompleks. eh, tapi betullah juga kan, hati akrimi yang sudah bercampur rasa itu buatkan air mata yang jadi result.

hati + rasa macam macam kuasa tiga = air mata

:) <- senyum sebab equation atas ni memang fail!

alhamdulillah, solat pagi raya dapat dilaksanakan dengan sangat nyaman. kasihan dengar berita di Gaza. waktu hari raya yang indah indah ini pun Israel-yang-entah-apa-apa-entah-perangai-itu sibuk mengacau orang Islam. memang kalau ada hadiah nobel pengorbanan dunia, mahu saja beri pada rakyat palestin. cocok betul dengan tema hari raya aidiladha. :) "berkorbanlah demi agama mu".

khatib yang baca khutbah raya haji pun menangis tahu masa baca khutbah. maksud saya, khatib surau dekat rumah saya. tempat lain tak tahu. agaknya saja khatib tu menangis memandangkan saya tak dapat nak lihat pakcik khatib itu berbicara dek tirai hijau menutup ruang orang perempuan. sebab suara dia kadang kadang sayu dan serak serak tahan air mata barangkali. kadang kadang oke saja bunyinya. lagi lagi waktu pakcik itu bertakbir - laibbaikallah humma labbaik labbaikala shari kalakalabbaik. nasiblah saya duduk saff depan. air mata yang bergenang juga ni tak dapatlah dilihat ramai orang. (memang tak boleh nampak atau dengar orang nangis. rasa mahu join juga). 

sangat sayu pertama sebab pakcik itu ingatkan tentang sanggup tidak kita berkorban macam nabi Ibrahim dan sanggup tidak kita berkorban banyak perkara tentang dunia demi hidup yang lebih panjang di alam sana. subhanAllah!! saya juga masih bertanya hati. kerana saya tahu, mulut memang dengan senang mengatakan boleh. tapi suara hati? kalau iman belum benar benar sepenuh isi jiwa dan raga, jangan harap. nanti jadi macam orang munafik pula yang bermuka muka mengatakan iman tapi sikapnya langsung tidak ada iman. nauzubillah!!

kedua, sayu sebab rukun Islam belum pun cukup. alhamdulillah, rukun yang empat empat sudah terlaksana dan cukup. tapi sempurna tidak semua rukun dari yang pertama sampai empat itu, biarlah Allah jua yang tentukan. takutnya! takut kalau amalan yang tidak seberapa sepanjang 21 tahun hidup ini Allah tak terima. (sedihnya). mahu sungguh sungguh pergi Makkah dan sujud depan Kaabah. (wah,wah, seronok seronok). hari itu masa hari ahad lepas lah, Umi tiba tiba buat usul daftar nama. lalu, kaklong umi ini pun kata mahu tunggu tahun depan. harus tunggu gula melaka pulang. sudah janji dengan gula melaka mahu daftar nama sama sama. insyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur. :) 

"dan hendaklah kamu menyembah-Ku.inilah jalan yang lurus" (Yassin:61)

oh, harap harap Allah selalu jadikan hati ini hati yang selalu berkorban untuk diri sendiri dan orang lain. biarlah orang kata, "kau tak kesian kat diri kau ke ha?". tapi, menurut saya, kalaulah kita tahu dan faham macam mana indahnya perasaan kalau dapat berkorban demi kebaikan dan kesenangan diri sendiri (contoh macam tinggalkan perangai hodoh dan buruk walaupun liat) dan orang lain, mesti kita akan jadi orang yang tak pentingkan diri sendiri insyaAllah :) kerana love is sacrifice. thus, sacrifice what you love the most. 


p/s: akan berkorban untuk orang-orang tersayang walaupun terpaksa mengorbankan rasa hati sendiri insyaAllah. salam aidiladha!


Sunday, October 9, 2011

encik abu dan encik tuah

Bismillahirrahmanirrahim.


si adik awin, mahu tengok encik Abu dan encik Tuah kepunyaan kak Fazreen kan, nah, ini dia. jangan jeles tahu. kaklong dah peluk peluk cium meoowww. ahah :)


ABU


ini gambar Abu yang paling kak Fazreen suka. kita letak sebagai penghormatan pada tuan iye :)




comel kan, comel kan Abu ni. meoww meoww.

TUAH






Tuah pun comel comel comel kan :) oke, kita boleh tengok je. jangan mengada mahu letak satu dekat rumah. nanti asma + lelah umi teruk. siapa susah? :)


p/s: semalam mimpi pasal baby meow belang belang yang hanya sempat dijaga 3 hari dekat kedai. lepastu baby meow hilang diambil orang kata makcik belakang kedai ayah. sedihnya. baby meow datang dalam mimpi. dia dah besar sikit. rindunya.




love light

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. sudah masuk dua puluh satu tahun sejak lima hari lalu. tiada majlis yang meletup-letup, terlebih grant atau special habis. hari lahir hari puasa sunat. sebab Rasulullah berpuasa setiap isnin yang mana hari isnin ialah hari baginda lahir. sunnah kan ikut cara Rasulullah? :) sahur dengan buah salak pemberian abah sebelum tidur. jauh abah datang. terima kasih daun keladi buat si gula melaka :) (buah salak disimpan sehari tak bersentuh semata mata mahu jadikan makanan paling best waktu birthday) ahahh. lalu, hari lahir sederhana sahaja. (selama ini pun sederhana juga) yang paling penting, hati ini sangat bahagia bila Allah masih panjangkan umur. (harap harap umur yang panjang ini, buat saya lebih banyak berbuat kebajikan dan amal dari dosa tak berkesudahan. kalau tidak, rugi sungguh jadi manusia panjang umur)

"dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-Nahl:18)

p/s: sekarang musim haji. cemburu sungguh lihat orang dapat pergi rumah Allah naik haji. niat mahu daftar nama lah dekat Tabung Haji. tapi mahu tunggu gula melaka pulang. :) kalau kumpul kumpul duit sikit sikit insyaAllah nanti mudah bila nak pergi. buat upah haji dulu pun boleh. ada rezeki sendiri, pergi atas nama sendiri :) agaknya bila ye Allah mahu kasi rezeki yang ini? 

  

Sunday, September 25, 2011

behold

Bismillahirrahmanirrahim


"sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) . maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (al-A'raf:201)




p/s: ada dua titisan yang Allah cintai. pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah. lalu, menangis lah hari ini, agar senyumanmu banyak dikemudian hari. kerana disana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu. menyemarakkan rasa malu berabad abad lamanya. sampai saat, datang syafaat Rasulullah. itupun jika terpilih.


yana tegur maghrib tadi. "kenapa mata sembab ni " lalu, akrimi hanya tersenyum dan menggeleng.

dwellings in which you delight

Bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah. Allah sangat baik pada kita semua. Allah baik pada saya. Dia masih pinjamkan nafas ini, Dia beri badan yang masih kuat untuk belajar dan bekerja biarpun penat datang jua menyinggah. Dia beri peluang merasa susah hati tatkala diri ini dihimpit dosa. Dia beri peluang untuk diri ini bahagia-bila kita membahagiakan orang lain. syukur! :)
   

i love you, Allah!  Besar kan cinta Allah pada kita? lalu, mari muhasabah besar tidak cinta kita pada Dia. jangan ucap dengan kata-kata. nilai sendiri dalam hati. :) 
" jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah: 'Aku dekat' " (al-Baqarah: 186)

ah, hati ini senang sungguh dapat masuk semester baru dan belajar. pulang UIA dan jumpa kawan-kawan yang berkurun tak jumpa. belajar, menuntut ilmu itukan ibadah. kalau namanya ibadah, tak akan pernah berhenti. jadi akrimi, jangan berhenti cari ilmu. ibadah tahu! :)

untuk semester kali ini, azam bertambah satu. kalau seperti selalu, mahu maintain Dean's List dari semester pertama sampai semester kelapan. itupun kalau Allah izinkan lagi dan memang tertulis rezeki itu untuk diri ini. untuk hari-hari mendatang, mahu capai Allah's List. :) wahwah. tingginya impian. moga dimudahkan jalan dan hati ini selalu terpimpin untuk menjadi muslim dalam Allah's List. insyaAllah. :) 

suka betul dengan kelas Method of Da'wah. walaupun kadang-kadang mengantuk datang juga tak dijemput, tapi isi lecture Dr. Osman Chuah Abdullah selalu menjentik hati ini. cepat tersedar akan salah diri dan lemahnya hati ini. (syukur sangat masuk uia. kalau tak jangan harap akan ambil subjek macam ni as Compulsary subject sebagai syarat untuk graduate) 

Dr. Osman Chuah itu cacat kakinya. muallaf lagi. tapi tak sikitpun effect kesungguhannya belajar tentang Islam apatah lagi menyalahkan Allah atas kecacatannya sejak kecil. (kita yang sejak dalam perut sudah Islam ini, sila malu kalau ilmu agama masih cetek dan sila tingkatkan ok) 

kata Dr. Osman, kita kalau nak berdakwah, kena faham dua benda paling basic ni. first, know the situation and audience. second, adept in communicating the message. memang betul, nak bercakap kena ada ilmu. apatah lagi dakwah tentang agama-perkara yang tak boleh main-main. tapi as a starter, buat perkara yang simple simple. senyum itu dakwah. sebab kita akan ajak orang supaya tersenyum jugak as a sadaqah bila kita tunjuk muka yang manis pada orang. memakai pakaian yang menutup aurat mengikut cara Islam itu juga dakwah. (bukan tutup aurat ikut suka hati je) sebab kita mengajak orang turut tutup aurat secara tersirat. kita tak tahu hati orang. mungkin orang tu senang tengok kita pakai pakaian yang mengikut syara' lalu ikut. jadi, bersangka baik lah oke! :) and banyak lagi dakwah secara simple. fikir fikirkan. :)

nak berdakwah, kena banyak ilmu. sebab kita nak convince orang. benda ni lah yang banyak buat orang rasa tak layak. sebab itu, jangan berhenti gali dan gali ilmu agama. kalaupun rasa kerdil dan tak layak je nak berdakwah, tapi as a Muslim, ilmu memang kena cari. jadi, no excuses tahu! 

dan satu lagi, bila kita tengok orang, percayalah, immediately hati atau fikiran kita akan cepat menilai. tak percaya cuba buat. contoh, kalau tengok orang cantik, kita cakap cantik. kalau tengok baby tu bulat, kita kata "bulatttnyaaa baby niiiii". kalau tengok dressing orang pelik, kita kata "asal pelik sangat budak ni". its a reflect action. untuk menjaga hati dari berprasangka tak baik pada orang, you need to observe these two things. first, stop your judgment and second, consider what we don't know. 

senangnya, bersangka baiklah pada semua orang. :) mungkin hari ini dia bukan muslim yang baik. tapi siapa tahu, satu hari nanti dialah muslim terbaik di sisi Allah. :) 


p/s: isi post macam ABC campur. tambah tolak tambah tolak, ambil lah yang baik-baik :)