Saturday, May 21, 2011

Student Exchange Programme-memory in Yogyakarta II

Bismillahirrahmanirrahim.

syukur alhamdulillah untuk nafas yang masih Allah pinjamkan dan rahmat-Nya yang tak terhitung banyaknya. sudah selamat sampai Malaysia petang semalam. ah, perjalanan merentas langit biru selama 2 hours and 30 minutes itu tak cukup membuat saya merasa saya telah ke negara yang lain. ahahh. :)) sedar-sedar dari tidur, burung besi gergasi sudah mahu menjejakkan tayarnya di bumi malaysia.

sedih dan sayu sebenarnya meninggalkan teman-teman indonesia di UMY juga dosen-dosen yang terlalu baik with 9 of us. meninggalkan UNIRES dan Fakultas. melihat kali terakhir student office IPOLS (International Programme for Law and Syariah) yang mana begitu banyaknya masa kami dihabiskan di office itu. 25 days di jogja macam terlalu sekejap. terasa separuh hati masih lagi di bumi jogja. tapi ya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? so, lets time decides. insyaAllah, ada rezeki pingin sungguh-sungguh kembali ke sana. kata mishbahul huda alfarisyi pada kami,

"ketawa aku adalah ciri khas, paling enggak itu satu dari semilyar alasan yang membuat kamu wajib datang lagi ke jogja"

ah, terlalu banyak pesan dari teman-teman di fakultas hukum UMY itu yang menaruh harapan untuk bertemu lagi dengan kami. insyaAllah. lagi pula, rindu pada teman-teman di sana pasti terubat nanti because 10 selected students from Fakultas Hukum UMY will come to UIA insyaAllah from October this year till November.

and, terima kasih yang sangat banyak to all UMY committees yang sangat baik hati dan tak penat melayan karenah setiap satu dari kami orang malaysia yang banyaknya antara kami tak begitu biasa hidup susah. but, believe me, kesusahan itulah kenangan paling manis untuk dikenang. :) panjang umur kita jumpa lagi ok!


these are some of the committees members from IPOLS, UMY. gambar yang ada je lah yang boleh menempel at this blog. gambar yang takde doesn't mean mereka enggak diingati sama saya. :)


from left: Anindita, Damas Bariek, Miki AB

from left: Arum, Resa Wilianti, Novi, Gatot, Ikhwanul Muslim

from left: (depan) Mishbahul Huda, (belakang) Husnul maaf, Raid, Albert Norman, Syaprianto

from left: Ria Haryanti, Rizaldy Anggriawan, Slamet

Hasbi

Dinda Darojatun Solihah


have a good life, friends.

Monday, May 2, 2011

Student Exchange Programme-memory in Yogyakarta.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, praise to Allah untuk kesihatan yang masih baik, rezeki yang lapang, dan kaki yang masih kuat menempuh hidup. For the time being, masih di Yogyakarta, Indonesia for Students Exchange Programme Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL) UIAM-Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY). Baru 7 days since last Tuesday. And Alhamdulillah sangat-sangat passed the interview and being selected together with another 8 students untuk diterbangkan ke UMY, Yogyakarta. To be exact, akan tinggal di bumi Indonesia for 25 days.

So far, sangat dan sangat seronok di sini. We go to class, learn lots of differences between common law of England yang diguna pakai di Malaysia with Civil law of Indonesia yang di trace back from France and German law. we talk a lot and present a lot in class which kalau kat Malaysia tak lah pulak semua orang nak bercakap depan kelas. But here, entahlah, semua seronok kot sebab kedatangan kitorang sangat di alu-alukan and since mereka- mereka itu semua berminat nak tahu tentang our law. sangat seronok juga sebab teman-teman Indonesia semua sangat baik baik dan baik dan peramah with us. And Yogyakarta is one of negeri di Indonesia yang sangat terkenal dengan rakyatnya yang sangat lembut, sopan and civilized compare with other negeri-negeri lain yang banyak di Indonesia. student Indonesia kat sini sangat baik and respect us and we did the same thing. Respect each other. Berani kata, orang Indonesia sangat rajin berusaha dan bekerja 1000 kali lebih baik dari orang melayu Malaysia yang banyaknya sangat malas dan terlalu selesa dengan hidup. Itu yang saya dapat observe since dah berjalan-jalan di yogya dan tinggal dengan their community for the time being. dan mereka ini masih kuat untuk hidup even after bencana merapi oktober tahun lalu musnahkan banyak benda di yogya and kesan-kesannya masih saya dapat lihat kalau ke daerah sleman, yogya.

Nine of us semua ditempatkan di bawah international students department. So, kelas di conduct dalam bahasa inggeris and no problem with us yang tergagap-gagap nak bercakap dalam bahasa Indonesia. tapi, still Dr.Haniff wants us to at least have a minimum-good proficiency with bahasa jawa-indonesia bila balik Malaysia. Ahahh. insyaAllah Dr. Haniff :)

Sangat best juga sebab dalam sibuk ke kelas, setiap hari dalam schedule yang dah disusun, kitorang akan di bawa berjalan sekitar yogya yang famous with kebudayaan dan mother of culture for Indonesia at least satu tempat. di bawa makan-makan yang enak-enak oleh teman-teman Indonesia. dan insyaAllah minggu depan akan skip kelas beberapa hari untuk trip ke Jakarta dan Bandung sebab insyaAllah akan masuk bual bicara mahasiswa untuk stesen TV Indonesia.

Ah, pendek cerita, saya senang banget berada di sini. Terlalu banyak nak di story kan. insyaAllah, usai saja sampai Malaysia akan cerita banyak lagi experience dekat sini. Sebab nak online pun susah sikit. And lagi pula, everyday kena ada report cause balik Malaysia nanti each one of us akan ada presentation with AIKOL lecturers, ada report and kertas kerja yang perlu dihantar. But, alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk, Allah masih beri ruang dan peluang untuk menikmati nyamannya bumi Yogyakarta. mahu upload gambar tapi wireless connectionnya slow banget sih. nanti aja ya.


matur nuwun.

langittasbih, yogyakarta, indonesia.


Sunday, April 24, 2011

nothing that's worthwhile is ever easy

Bismillahirrahmanirrahim.




"You're going to across people in your life who will say all the right words at all the right times. but in the end, it's always their actions you should judge them by. it's actions, not words that matter"



langittasbih

Wednesday, April 20, 2011

menyusuri takdir-Nya

Bismillahirrahmanirrahim.


Ibnu Abbas orangnya buta. lalu, untuk hiburkan dirinya kerana banyaknya nikmat yang Allah berikan padanya, dia berkata:

"Allah sudah mengambil cahaya dari kedua-dua mataku, tetapi di dalam nurani dan hatiku masih ada cahaya, hatiku cerdik dan akalku tidaklah bengkok, dan di mulutku ada yang tajam seperti pedang terhunus"

bersyukurlah andai masih begitu banyak nikmat yang Allah masih sudi kurniakan untuk kita. tidak ditarik-Nya walau sampai senget-senget mulut mengomen itu ini tidak puas hati. menjadi orang yang benar-benar hadam erti syukur dalam hidup, benar bukan mudah. memang tidak. apatah lagi, menyampaikan kesyukuran buat sang Pencipta tetapi iman di dada lebih nipis dari kulit bawang. maka, potensi syaitan untuk menghasut anak Adam lebih hebat bukan?

punya iman sekecil biji sawi atau senipis kertas litmus bukan bermakna sampai bila-bila kita tidak akan dan memang-memang tidak akan memperoleh nikmat keimanan sebenar untuk jadi hamba-Nya yang terbaik. bukan juga bermakna yang kita tidak mampu menghadiahi Allah kesyukuran kita atas semua nikmat yang Dia pinjamkan. Allah itu sifatnya adil dan kasih. janji-Nya pasti untuk mereka yang berusaha sehabis baik menjadi soleh dan solehah demi mengejar redha-Nya.

benar juga yang tidak semua orang sempurna. sebab kita ini semua bergantung hidup dengan izin-Nya jua. tapi tidak salahkan mahu menyempurnakan agama dalam diri agar beroleh tempat di dalam jannah?

ingatlah, sesebuah kesempurnaan dan kematangan dalam hidup tak pernah datang begitu sahaja. ia merupakan hasil suatu proses yang biasanya memakan masa yang panjang. dan hukum ini berlaku untuk semua makhluk ciptaan-Nya.

"seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-ama yang cantik. setitis air mani menghabiskan masa berbulan-bulan di dalam rahim sebelum menjadi bayi yang comel. bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis" ustaz umar muhammad noor.

bersyukurlah dengan apa yang ada dalam hidupmu sekarang. kerana itu sifat orang yang qana'ah dan tenang jiwanya. tetapi jangan pernah berhenti berjalan dalam hidup untuk mencari kesempurnaan beragama. ya, hingga nafas yang Allah pinjamkan ini di ambil-Nya semula. semoga Allah selalu menghidupkan akhlak dalam diri ini dan diri kamu.insyaAllah.


Tuesday, April 19, 2011

menjadi yang cantik di sisi Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

kesukaan bercantik-cantik tidak salah. tidak juga dosa. kerana itu fitrah manusia. tapi yang menjadikan salah dan dosa itu datang bilamana ia bertentangan dengan syara'. ah, saya tidak mahu berpanjang-panjang berkata itu ini tentang pemakaian orang perempuan. kalau yang bertudung pun tidak mampu menjadi contoh yang baik, kasihanilah diri sendiri.

bertudung bukan untuk menutup rambut semata. bertudung ada caranya mengikut garis panduan Islam. malas lagi mahu cakap panjang-panjang. buka al-Quran dan sila rujuk surah al-Nur.

entahlah, saya yang perempuan ini pun malu kalau terpandang orang perempuan lain berpakaian tapi...

rujuk hadith riwayat Muslim, "...dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. mereka ini tidak akan masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian" .

lalu, pandangan orang lelaki kalau yang ter-pandang atau saja-saja pandang 2 3 kali macam mana? ah,, ini juga saya tidak tahu. belum pernah masuk dalam akal fikiran orang lelaki dan selidik apa yang ada dalam fikiran mereka.

dan lagi, fesyen muslimah yang melebih-lebih-lebih sekarang ini dengan tagline kononnya menutup aurat itu sila fikir semula dengan jelas guna akal yang sihat. jangan kerana nafsu, lalu yang salah cuba dinampakkan betul. berani menyanggah dan menolak kebenaran demi mempertahankan pandangan dan pendirian yang menyalahi ajaran Allah swt, kebanyakannya bukan tidak tahu salah, tapi memang tidak mahu tunduk pada kebenaran. rujuk lagi surah al-An'am: 121.

jadi,,



muslimah tercinta,,

kita ini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. tingkatkan ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya. carilah yang menyenangkan Allah dan bukan untuk menyenangkan manusia semata. semua orang berharap ganjaran jannah. yang memang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah. persoalannya, layakkah kita?