Thursday, June 17, 2010

this is not good

Bismillahirrahmanirrahim

hushhh, kenapalah orang kat sebelah ni merokok. nak tercabut dah hidung ni tahan bau asap tu.. (this is when few people smoking around without hesitation). the latest happened around last week when my family and i were having lunch together in one restaurant in shah alam. seorang lelaki yang tidak dikenali di meja makan sebelah telah tanpa segan silu dan budi pekerti mulia menghalakan rokoknya yang berasap macam asap kilang ke arah kami yang sedang makan. eeeeee, geram sungguh waktu itu. rasa mahu saja saya cucuk-cucuk orang itu dengan garpu di tangan (eh, ganas pulak). tercemar sudah nasi campur dengan asap-asap hitam. huh. sabar saje lah.

oh, saya, entahlah..saya sangat tak suka orang yang merokok. kalaupun mahu merokok (sudah terbiasa sangat) tolonglah jangan di depan saya. sangat tak tahan). sudahlah ada resdung tahap tidak serius, mahu terbersin rasanya. siksa tahu.

pernah dulu, ayah marah dengan pekerja ayah sendiri sebab merokok. ayah kata, kalau mahu sangat merokok tolong jangan di depan ayah. ayah tak suka dan itu sangat tidak berdisiplin. eh, betullah tak berdisiplin. mereka yang merokok ni, kalau sudah habis hisap rokok, maka puntungnya akan dibuang suka-suka hati. itukan sudah jadi dosa kecil. membuang sampah merata-rata lalu merosakkan alam ciptaan Allah. lagipun, saya belum pernah lihat lagi si perokok akan menyimpan rokok yang sudah habis dihisap itu dalam kocek sebelum terjumpa mana-mana tong sampah.. lagi pula, kata ayah lagi, duit gaji yang diberi bukan untuk membazir beli berkotak-kotak rokok. tapi, untuk disimpan, untuk kirim pada mak ayah di kampung. akhirnya, pekerja ayah yang itu langsung terus berhenti rokok. kan bagus..

saya tahu. berbicara, berdebat, bertekak, berbincang dengan mereka, si perokok tidak akan habis begitu saja. ada yang menerima. ada yang tidak. yang ini dengan degilnya. yang itu dengan keras kepala, tak mahu mengalah. yang seterusnya dengan alasan yang macam-macam. yang baiknya, bila kita boleh berlapang dada dengan pendapat orang lain. fikir dan muhasabah diri. yang menegur? perlu dengan hemah dan kelembutan. marah-marah? perli-perli? siapalah yang sudi dengar nasihat kamu. maklumlah, setiap orang pun ada emosi. maka hormatilah.

benar kata kamu kalau kamu berhujah mati-matian mengatakan rokok itu makruh. tapi, hukum itu adalah kesepakatan syura ulama yang dahulu sebelum diganti oleh hukum baru oleh ulama kontemporari. mereka itu, bersepakat dalam syura meletakkan hukum haram untuk menghisap rokok. haram. tiada tolak ansur untuk hukum yang ini. dan kenapa dari makruh menjadi haram? hukum haram disepakati setelah adanya kajian. ya. kajian. sedangkan waktu hukumnya makruh, waktu itu, tiada kajian khusus untuk maslahat yang ini.

al-Quran beri petunjuk yang benar. selagi mana adanya dalil dan hujah, maka ikutlah.

"dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk" (al-A'raf : 157)

"dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke arah kebinasaan..." (al-Baqarah : 195). merokok kan jelas sekali membawa kepada kebinasaan tanpa ragu. kalau kamu kata tidak banyak binasanya, yang sedikit itu cukuplah buat kamu perlu jauh-jauh dari rokok.

apa? kamu kata hanya hisap sikit-sikit? sekadar hilangkan stress?. ohh, sedarlah. sikit atau banyak, kalau sudah haram, tetap haram juga. tiada kompromi. takkan pula kalau mencuri duit 10 sen tak mengapa. di maafkan, dan tidak dikira sebagai mencuri. tapi,kalau mengambil 5000 ringgit barulah namanya mencuri. 10 sen atau 5000, dua-dua sama. haram tetap haram.

agaknya, kalau rokok rupanya cantik begini, kuranglah pembeli dan penjual.


sayanglah diri sendiri. kalau tak sayang dengan tubuh badan yang Allah beri pinjam itu, ingatlah, Allah akan soal hak-Nya pada kamu nanti. wallahualam.






langittasbih.

Sunday, June 13, 2010

old days

Bismillahirrahmanirrahim.

masa kecil-kecil dulu, saya selalu saja rasa pelik bila arwah uwo (nenek) dan arwah atuk bercakap dengan umi dalam loghat melayu-kampar. tapi, kepelikan itu saya pendam saja dalam hati. yelah, budak kecik mana boleh sibuk-sibuk hal orang tua. lagi pula, waktu itu saya kira, agaknya itu memang bahasa orang besar. yang saya juga akan terer bercakap dalam loghat itu bila besar nanti. pernah suatu hari zaman dulu-dulu, semasa di kampung umi di Sabak Bernam, saya yang geram kerana tak faham apa yang umi gelak-gelak dengan arwah uwo, pergi menyebok, berjalan ke arah uwo, dan tanya, "uwo, uwo cakap apa ni?. kenapa umi gelak-gelak?. akhirnya,, uwo yang gelakkan saya. haishh, tanya kenapa orang gelak, kita yang kena gelak. saya rasa waktu itu saya belum lagi masuk tadika.

bila sudah besar, baru saya faham kenapa umi bercakap bahasa melayu yang 'agak lain' itu dari bahasa yang ayah cakap bila pulang ke Kelantan. oh, umi kan orang minang. dan ayah kan orang kelantan. tentu lah lain. kata umi, arwah atuk dan arwah uwo asalnya dari Sumatera. mereka keturunan melayu minangkabau. jadi, bila orang kata keluarga belah umi saya orang jawa, saya tentulah kata tidak. sebab mereka orang minangkabau lah.dan keluarga belah umi akan bercakap-cakap antara mereka dalam dialek kampar yang biasa ditutur orang minang. entahlah, saya tak pandai pula bercakap dalam dialek yang ini. bunyinya agak-agak sama dengan pertuturan orang negeri sembilan. cuma lain sedikit mengikut daerah-daerah sekitar sumatera. alaa, kan kebanyakan orang negeri sembilan berketurunan minang dalam masa yang sama. rugi betul tak mahir bercakap dalam dialek nenek moyang sebelah umi. tapi, saya boleh faham juga bila pakcik makcik berbual-bual. kata umi lagi, kalau mahu umi bertutur dalam bahasa jawa juga tidak ada masalah. sebabnya, kampung umi itu ramai juga berketurunan jawa. jadi, tentu saja umi boleh berbicara lagak seperti orang jawa dengan baik.


cantiknya. ini contoh rumah minangkabau di pulau Sumatera. agaknya, nenek moyang umi yang dulu, tinggal dalam rumah macam ini. wah, macam puteri-puteri minang pula rasanya. heh.


tasik danau toba di Sumatera memang indah. moyang-moyang yang dulu agaknya selalu berjalan ke sini. tak perlu bayar beribu-ribu pada Malaysia Airlines atau murah sedikit pada Air Asia kalau mahu melawat sini. oh, bagus juga.


ini pak belang Sumatera. ada juga perkataan sumatera pada nama kamu wahai encik harimau. kacak juga kamu ni ye. haha. kalau tonton national geographic, macam seronok saja lihat si penjaga bermain-main dengan pak belang. comel. tapi, nanti kalau dia gigit, kan haru jadinya.


wah, saratnya perhiasan. lip-lap sana-sini. namapun, berkahwin ala-ala tradisional minang. kalau sayalah mahu berkahwin nanti, sederhana sudahlah. (macamlah sudah layak kahwin. haha). Islam kan galakkan kesederhanaan. =)

banyak lagi kalau mahu disenaraikan tentang melayu sumatera. kalau nak tengok lagi, cari pakcik Google ye. itu bisa saja bantu kamu dong! haha. cuma berkongsi dengan kamu, kamu dan kamu. saya cuma mahu berbual-bual dengan encik Blogspot =)



rindu pula tiba-tiba pada kampung umi di Sabak Bernam, Selangor.
rindu juga untuk jenguk nenek di Kelantan. bila lah ayah mahu beri signal pelepasan ke kampung ni?

Saturday, June 12, 2010

tag daripada cik hafizah nasir

Bismillahirrahmanirrahim




20? cik hafizah, kenapa banyak sangat ni.. macam open sangat beritahu public 20 tentang diri sendiri. haha. sipi-sipi saja ya. atas permintaan =) cehh, macamlah fizah mahu tahu sangat kan... =p

  • saya ini perempuan dan umur akan masuk angka 20 tahun ini, insyaAllah kalau panjang umur. ini buat sesiapa yang tidak tahu si langittasbih seorang perempuan ye.
  • sedang belajar undang-undang di ' Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws ' , uiam kampus gombak.
  • saya banyak cakap tak? entahlah. kadang-kadang ye. kadang-kadang saya pendiam. jadi, saya kira, saya ini bermusim. haha.
  • anak sulung dari dua beradik yang dua-dua pun perempuan. tapi secara tersirat, saya ada lagi 3 orang kakak + seorang abang + seorang adik lelaki dengan umi leha (ibu susuan saya). dan ber-ibu angkatkan mummy Herlina, saya ada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki. jadi, saya tak rasa adik beradik saya ciput.
  • entahlah, saya tak tahu pula makanan kegemaran saya. makan sajalah apa-apa. asal halal, tidak basi dan ada rasa. taklah cerewet mana soal makan.
  • milo atau kopi? milo lagi best.
  • suka warna apa ye? semua warna pun cantik. tapi mata saya lebih berminat melihat hitam dan putih. ohh, kasihan betul. macamlah, hidup ni tak berwarna warni.
  • benda-benda comel, kenapa awak comel sangat? haha. kalaulah ada dijual patung kartun pocoyo itu, mahu saja saya beli. =)
  • saya sangat suka mengemas. ya, sangat! hobi yang ini mendahului carta dari hobi-hobi yang lain.
  • saya sekarang tengah berfikir, " apalah saya nak cerita lagi sepuluh senarai ni..."
  • haaa, saya lebih suka novel John Grisham dari Stephenie Meyer. peminat Twilight, jangan marah. =p
  • saya sudah ada gelaran nenek saudara. (tuanya!!) sebab, sepupu-sepupu saya sudah ada yang bercucu.
  • pensil kayu lagi seronok dari pensel tekan. saya tidak menggunakan pensel tekan secara total lagi sejak tingkatan 1.
  • saya sudah tidak mahir melukis. sedih sungguh. lama benar saya tidak manjakan jari jemari untuk melukis dan bermain warna sejak ke MRSM. dulu, saya selalu saja menyumbang untuk lukis-lukis mural di sekolah lama. ah, bakat kalau tidak diasah, lama-lama hilang juga.
  • saya tidak begitu mahir memotong kereta lain. ayah selalu saja jadi terkejut bila saya memotong kereta, lori balak, van dan lain-lain kalau memandu dari KL ke Kelantan. terutama sewaktu di jalan Merapoh-Gua Musang. haha.
  • saya suka orang yang suka buat kelakar. macam mek aida nabihah. haha.
  • saya suka juga pada kucing. mereka itu sangat comel. tapi, sekali meoww buat ganas-ganas sama saya, saya jadi takut dan lari jauh-jauh dari meoww yang macam comel itu. huhu.
  • saya dalam dilema sama ada mahu menyambung pengajian ke peringkat master terus bila tamat ijazah nanti atau buat chambering (latihan kamar mahkamah) selama 9 bulan sebelum layak dipanggil advocate & solicitor.
  • saya senang sekali dengan hidup yang Allah beri pada saya. walaupun langit tak selalu cerah, saya tahu Allah ada rencana terbaik untuk hari-hari depan saya. =)
  • saya mahu offline sekarang. sebab sudah hampir pukul 7 malam.





ok. sekian.

Friday, June 11, 2010

Qu'elle est mignonne !!

Bismillahirrahmanirrahim






haiyoo, auni insyirah! kenapa kamu cumel sangat!!

cubit lagi boleh??

XD

Thursday, June 10, 2010

halimah ramli, saya mahu juga!

Bismillahirrahmanirrahim

saya mesej imah sebentar tadi. mahu bertanya perkembangan imah yang sedang ber-umrah bersama maknya. wah! seronoknya dapat tahu imah sedang dalam perjalanan ke Makkah dari Madinah. imah sedang niat ihram. huhu. saya mahu ikut juga! mahu! jelesnya sama imah. hehe. kimi belumpun pergi tanah suci. imah sudah dua kali. wah! wah! kimi sukalah! nak ikut! nak! (eyh,annoying pulak sebut banyak-banyak kali) ok. kembali normal.

imah doa sama kimi juga ya! tentu seronok berdoa depan Kaabah sambil hirup udara di padang pasir itu. feel-nya tentu saja lain kan? mesti hati tu rasa macam berbunga-bunga. rasa haru, sebab Allah beri peluang berdoa depan rumah-Nya. nanti sudah pulang dari sana, cerita lagi tahu. kimi mahu dengar. =)







langittasbih punya impian ke tanah suci.
bilakah agaknya rezeki itu Allah beri?