Thursday, June 10, 2010

untuk kamu.

Bismillahirrahmanirrahim

kasihan adik awin. dia seperti mahu demam saja. bila ditemani batuk dan selsema, maka, tahu sajalah adik awin itu. dia akan demam nanti. ini semua gara-gara saya yang mula-mula sekali demam dalam rumah. bersin sana-sini. kalau ditutup mulut waktu bersin pun, peratusan adik awin dan seluruh isi rumah akan berjangkit amat tinggi. maklumlah, namapun sudah duduk dekat-dekat. kan sudah berjangkit. umi kata tadi, tekak umi juga sudah pedih-pedih. badan rasa lesu lagak seperti orang demam. alamak! maaflah umi. huhu. kaklong tak sengaja lah. encik, cik, dan puan virus serta bakteria nampaknya mengganas dalam rumah! seperti biasa dan selalu, ayah saja yang kebal. heh. ayah kan memang kuat. =)


waktu sakit, kita mesti senyum dan ceria juga. walaupun hidung seperti mahu tercabut dan anak tekak seperti mahu terkeluar.

lalu umi jadi sangat risau. (ayah cool seperti biasa). yelah, nanti adik awin sudah mahu masuk belajar. kalau sakit-sakit kan susah. semangat berkobar-kobar pun boleh mencair. tak seronoklah. tapi, sakit kan ujian Allah. itu kifarah namanya. maka, bersangka baiklah dengan Allah waktu kita sakit. alah, demam biasa saja. Allah belum uji lagi dengan sakit kanser atau yang membawa maut. kalau itulah yang diuji atas saya, masih ingatkah saya lagi tentang kesabaran dan keredhaan ujian Allah?. saya harap ya, saya masih ingat tentang itu semua. tentang sabar,redha,dan berlapang dada atas mehnah yang sekecil itu. moga-moga. saya tidak minta itu. tapi, siapalah tahu cerita hari esok?

bila sudah sakit, entah kenapa saya jadi sensitif pula. ah, kalau tidak sakit pun, saya rasa, saya ini memang sensitif juga. haha. saya jadi teringat semua perkara. maksud saya, otak saya ini, suka benar me-rewind cerita-cerita lama dalam kotak fikiran. lalu, sesaat yang tadi, saya akan jadi gembira. sesaat kemudian, saya akan jadi penyedih. sesaat kemudian, saya akan berhenti berfikir tentang itu semua. bangun dari tempat saya duduk. dan buat kerja lain.

kalau tiada kerja, lebih baik membaca. otak pun bersenam-senam dengan ceria. berangan banyak sangat pun otak malas melayan.

saya jadi gembira kerana banyak perkara. kerana Allah beri ruang untuk saya gembira dan merasa nikmatnya. tapi Allah beri juga ruang untuk saya merasa sedih. (kenapa ashik gembira dan sedih saja?. ala, sebab pasangan perasaan berdua tu yang paling senang di-elaborate). saya rasa sedih dengan dosa-dosa saya. saya rasa sedih kalau saya cuma merapati sahabat atau seseorang bila saya rasa sunyi. saya tak mahu jadi penting diri ! tak mahu. kalau saya senang, saya tinggalkan. atau saya akan cari sahabat lain yang saya lebih senang. ah, saya tak suka jadi itu.maka, sahabat semua, kalau saya jadi orang seteruk itu, maka tegurlah saya.mungkin saya tak menyedari sikap saya. maaf ye!

situasinya begini. ini melalui pemerhatian saya ye. bila seseorang itu (kamu boleh bayangkan sahabat kamu atau sesiapa sahaja yang kamu mahu) rapat dengan seseorang, lalu baiklah mereka berdua. manis-manis saja ceritanya. lalu ada bom torpedo terjatuh dan meletup antara orang-orang ini. maka jadi apa ye?. dua-dua terpelanting. dan jatuh jauh-jauh. maka, yang seorang bangun dari jatuh dan berjalan kearah kanan. yang jatuh patah riuk sebelah sana, bangun payah-payah dan berjalan ke kiri. (faham ke kamu baca analogi saya ini? ala, kalau tak faham, baca lagi sampai faham kalau tak juga faham-faham,buat tak tahu sajalah ye). maka, ada dua haluan. ke timur dan barat. lalu, langsung tidak bertemu. apatah lagi meminta maaf. kan tak baik? .kalau meminta maaf, Allah jualah tahu keihklasan maaf yang kamu tuturkan..

langsung, saya kira, kamu tahu kedudukan kamu. atas sebab apa kamu berdua terpelanting jauh satu sama lain. kalau sebabnya untuk kebaikan, maka itu bukan masalah. kalau sebabnya untuk menjaga iman kamu, menjaga hati kamu dari dikotori, memelihara diri kamu dari mendekati sesuatu yang tidak sah buat kamu, itu juga bukan masalah. (tapi jangan pula terjebak kali kedua, tiga, empat atau lima. nanti, hati yang sudah hitam itu, jadi lagi hitam legam). betullah. mengisi hati bila kita rasa mahu seronok-seronok saja kan tidak baik. juga waktu kita rasa hanya manusia yang satu itulah tempat suka duka kita. (lainlah kalau kamu ada ikatan sah!) walau kita rasa kita dekat dengan Allah. ha, kalau rasa macam tu, cek balik hati tu pakai mikroskop paling canggih).

tapi, kalau dengan terpelanting jauh itu antara kamu, membuatkan kamu memutuskan silaturrahim, itu bahaya. jangan ada benci. maafkanlah. semua orang pun buat silap.sahabat kan kena sayang sahabatnya! =) kita belajar separuh tentang hidup dengan orang sekeliling kita. mereka itu sebahagiannya sahabat kita. maka, berterima kasihlah pada mereka. kalau rasa, hubungan kita dengan sahabat macam keruh seakan sungai Gombak, maka jernihkanlah. itukan sifat mulia. siapa yang tak mahu jadi baikkan?

p/s :bila saya menulis, saya sebenarnya menulis atas diri sendiri. tulisan-tulisan saya akan melekat pada badan saya. jadi, saya menegur diri sendiri sebelum saya menegur orang lain yang sudi membaca. bagi mereka sahabat-sahabat saya, yang saya pernah lukakan, calarkan, koyakkan hati mereka, maafkan saya. saya cuma insan biasa. yang ada noda dalam bersihnya kain putih.

Tuesday, June 8, 2010

today for tomorrow

Bismillahirrahmanirrahim

ah, tak sabar mahu pulang ke kampung lagi. lagi-lagi abang imad baru pulang dari US. lama tak bertemu muka dengan abang imad. (eh, betullah. dia memang abang saya bila saya mula menyusu dengan umi abang imad, umi leha). kata umi leha yang menelefon semalam, abang imad beli buah tangan dari US untuk saya. seronok sungguh!

yang sebelah kanan itu abang imad. gambar diambil tahun lepas waktu abang imad pulang dari US juga. oh, dan gambar itu waktu dia sedang mencucuk badan cacing ke mata kail. mahu mengail ikan di belakang rumah kampung di kelantan. yang paling penting, abang imad perlu lawat nenek yang sudah uzur dan terlantar saja di atas tilam. nenek sakit dan sudah tidak boleh berjalan lagi seperti dulu. sebelah badannya lumpuh. semua pergerakan harus dibantu anak cucu. kalau tidak, siapa yang mahu mengurus nenek?

kasihan nenek.

nanti, tunggu kepulangan saya tahu! saya pun mahu jaga nenek juga. bila sudah masuk belajar, tidak ada kesempatan dan ruang. kalau saya terlambat, bukankah itu sangat menyedihkan?

sebelum pulang ke kelantan, perlu bantu adik awin menguruskan kerja-kerjanya untuk kemasukan ke kolej mara banting. adik awin akan buat international bacaulaurette nya disitu selama dua tahun sebelum terbang ke luar negara. menyambung pengajian dalam bidang perubatan. insyaAllah. itu juga doa nenek dulu-dulu. suruh adik awin belajar rajin-rajin sampai jadi doktor yang berjaya. tapi nampaknya, adik awin mungkin tak berkesempatan merawat nenek dengan tangan sendiri bila ada rezeki jadi doktor kelak.

banyak yang perlu diuruskan. lagi pula, kemasukan pun akan tiba tak lama lagi. selepas menyelesaikan apa-apa yang patut pagi tadi, saya teman adik awin mencari hadiah untuk sahabatnya, zahra. zahra sudah mahu terbang ke US sabtu ini. cepat benar! katanya, program bawah JPA itu yang tetapkan persedian terus di sana. macam itu pun bagus juga. cepat pergi cepatlah balik malaysia. sambil teman adik awin, saya lihat-lihat gelagat orang ramai di pusat beli-belah. malu sungguh saya bila lihat pasangan yang saya kira umur mereka baru dalam lingkungan 12 tahun berpegang-pegang. amboi ! kecil-kecil lagi sudah pandai. besar nanti macam mana? semoga Allah meluruskan kembali hati kamu. nauzubillah. semoga saya dilindungi dari disentuh mana-mana lelaki pun. biarlah seorang lelaki yang sudi menyelitkan barisan nama saya dalam akad nikahnya saja yang berhak berbuat demikian.

saya bukan mahu jadi ortodoks atau berfikiran sempit. saya cuma mengikut apa yang Allah gariskan dalam kitabnya selagi saya termampu. Allah ciptakan saya, jadi saya tidak mahu berlagak membatasi larangannya. ya, selagi saya mampu! saya pun manusia biasa. ada noda dalam bersihnya kain putih.

saya mahu buat yang terbaik untuk hari ini. menjaga diri sebaik-baiknya. mendidik hati sebaik-baiknya. merawat jasad dan hati bila dosa seperti debu-debu yang bertaburan. insyaAllah. sebab saya bukan hidup untuk hari ini saja. saya akan dihidupkan lagi nanti. bila malaikat Israfil tiup sangkakala buat kali kedua.

langittasbih.

saya mahu berbicara

Bismillahirrahmanirrahim

kosong.

saya rajin-rajinkan jari hari ini menekan pautan ke post yang lama-lama dahulu.saya keluh perlahan. sudah lama saya tidak berbicara dengan encik blogspot dalam bahasa melayu. lama. entahlah. persekitaran mungkin mengganggu kebiasaan saya. mungkin. lagi pula, sistem akademik yang saya sedang lalui sebagai pelajar undang-undang buat saya jadi pengguna tegar bahasa mat salleh. bila rasa diri tidak begitu mahir dalam bahasa yang diguna oleh JWW Birch itu, maka apa sahaja di sekeliling perlu berbahasa itu. kata-kata hikmah yang saya tampal di dinding, buku catatan harian, surat khabar, rancangan tv dan apa jua sekalipun, perlu berbahasa itu. saya jadi rindu. rindu pada bahasa yang pertama umi dan ayah ajar. maka, saya kira, saya perlu adil dengan diri. belajar itu perlu. tapi saya tak mahu lupa adat.

lagi pula, pada pemerhatian saya, saya suka pada bahasa. apa jua. saya berminat dengan bahasa. maksud saya, bahasa yang ditutur oleh bangsa atau daerah berlainan. tapi belajar? tidaklah begitu rajin. saya kagum dengan pertuturan yang berlainan. ah, pokoknya, memang Allah ciptakan otak saya lebih kearah itu. maka, bila tonton cerita cina, atau jepun atau korea, venuzuela hatta tamil, hati saya berkata-kata! saya akan mengikut apa yang disebut oleh sang pelakon dalam hati. bunyinya mungkin lain sedikit. maklumlah, lidah ini sudah terbiasa dengan sambal belacan, budu, dan kuah masak lemak. cuma kadang-kadang, saya sebut juga kuat-kuat tapi itu cuma di rumah ye.

apapun, berbahasa itukan pilihan. kadang-kadang keselesaan berbahasa buat seseorang memilih untuk bertutur dan beramalan dengan bahasa pilihan. lihat saja, ramai kan orang melayu berbahasa bangsa wayne rooney? saya kira, sebab mereka atau kita (kalau berkenaan) selesa dan terbiasa dengan bahasa inggeris. itu pada pendapat saya, bukan masalah. asal saja, tahu digunakan pada tempatnya. maklumlah, takkan pula kamu mahu ber-speaking kalau perlu bercakap dengan pakcik makcik tua yang susah benar menyebut "i can't hear you" atau "i'm understand what you're talking about". tapi, kalau memang diperlukan untuk berbahasa inggeris, maka, ikutlah arus. seperti tadi, biar berpadanan. bercakap bukan untuk menunjuk-nunjuk. tapi bercakap kerana keadaan yang memerlukan.dengan hormat dan beretika maksud saya. jangan jadi jumud. kitakan, mahu jadi orang Islam yang hebat? maka, sama-samalah berusaha ya!

oh, dan juga ini, saya mahu sekali belajar bahasa isyarat. ala, yang untuk orang bisu dan pekak itulah. manalah tahu, kalau-kalau nanti sangat diperlukan oleh saya untuk pakar dalam memberi tanda isyarat-isyarat ini.

untuk keberapa kali entah, saya mahu kata, yang berbahasalah mengikut keselesaan. dan kamu perlu tahu, berbahasa kesat itu bukan keselesaan. selesa itu cuma kerana kamu berjaya menghina orang dengan kekesatan bahasa, dan, itu langsung tidak mulia. didiklah mulut berbaik-baik dalam bertutur. hati kamu mendengar kata-kata kamu. telinga kamu mendengar kata-kata baik dari mulutmu. insyaAllah, segenap jasad terarah kepada kebaikan.

hanya Allah jua yang tahu kata-kata dalam hati kamu, saat kamu berbicara dalam diam...


langittasbih.

Sunday, June 6, 2010

i wish i knew it

Bismillahirrahmanirrahim





kalau ikutkan hati,
hati tu,



ada kaki tak, nak lari?









oh,oh,,mahu hati yang berlari jauh-jauh dan hilang, atau,
jasad yang lari jauh-jauh tinggalkan hati?

tapi, saya tahu ini, Allah memang sayangkan hamba-hambaNya;

"apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian),sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta (digoncangkan dengan bermacam-macam cubaan), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?", ingatlah pertolongan Allah itu amat dekat. (2:214)





Wednesday, June 2, 2010

the long silence

Bismillahirrahmanirrahim.



Daripada Abu Darda' r.a, katanya:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."





sudah lama tidak ke majlis ilmu.hati jadi kosong.
sedih sungguh.aku jadi rindu selalu.





nota-kaki: Israeli behaviour on attacking the Gaza Flotilla is never a sorry. instead, u people of Israel only embarress your own so called dignity. so, lets istiqamah in our doa to our Muslims friends..ohh,,i wish i could do more than doa. perhaps, knowledge is one of the best way of jihad i can donate.