Thursday, February 5, 2015

the calling

time past by.

i need to change.really.though its hard.really hard.and challenging as well.
if i dont, probably when my head knocking, i am dead. already.

Allah reminds,

"I will not change your condition, unless you have change yourself"

ticktock.

Thursday, September 5, 2013

nice to sweet you

Bismillahirrahmanirrahim.




Alhamdulillah.serenity.
may Allah guide till jannah.



mood: feeling bless :)

Sunday, February 17, 2013

seeking His love and smiling endlessly.

Bismillahirrahmanirrahim.


second week of the semester was started with few works on case-hearing to be presented before a judge, the client counselling yada, yada..after all, seems like diri ini tidaklah terlalu bizz busy dan menunggu 'heat' kesibukan dengan all those academic thingy bila dah nak start middle of the semester. oke. that's common. 


actually, i prefer myself untuk berada dalam chaotic busy-ness. buat ini dan itu. ada kerja ni sekejap dan lepas tu kerja lain. dan ponnn.. ponnnn. (bunyi hon kereta jam tengah-tengah highway KESAS). sebab one thing, which masa yang banyak terisi tu lebih manis dan indah dari terlepet goyang kaki doing nothing on subjectively anything which can be considered generally by all human being as buang masa. (peringatan bertubi-tubi buat diri sendiri of course). yes, Rasulullah saw mengingatkan kita bahawa ada dua perkara yang selalu manusia tertipu padanya; nikmat sihat dan masa lapang. so, guna masa lapang untuk sibukkan diri dengan activities yang bagus, comel, dan buat kita senyum bangga :)

kesibukan diri boleh bawa kita usually ahead for two effects. first, kebaikan pada diri dan second, keburukan pada diri. simple. 

oke, now jom kita selak-selak lembaran otak untuk berfikir secara matang, koff koff, how to mem-pure kan hati dan iman even dengan kesibukan melampau biar apa pun yang kita buat dan usahakan, tidak menjadi fitnah balik pada kita. insyaAllah. :)


formula : niat baik + amalan baik = budak baik.
simple.

oke, oke. benar.'cakap senang la kan, cuba kau buat'.eh.habis tu kalau semua pun rasa susah sampai nak ubah diri jadi lebih baik pun payah benar, baik duduk dalam gua sorang sorang dan suka hati lah nak buat apa sorang sorang. boleh? 

life is never easy. if it is easy, we are all in Jannah lepak-lepak di atas tilam sutera empuk sambil makan ayam KFC 15 ketul jilat jilat jari. :)) as it is never easy, we all know that lotsss and lotsss of work to do untuk jadi yang terbaik pada pandangan Allah :) 

"yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (al-Anfal: 53)

may Allah guide.
    

bangun, matahari dah tinggi!

Bismillahirrahmanirrahim.


years goes by. sekejap sangat! selalu ber-wondering dengan diri sendiri in my freshie-first year, that would i able to finish my study dan masa seems so hard-wrecking lambat membilang hari-hari convocation. tapi takpun. dah jadi terbalik. rasa macam masa unbelievably faster sampai bangun tidur pun pelik fikir, "eh, semalam baru je tidur kejap ni dah kena bangun". "eh, rasa panas lagi kerusi dalam lecture theater kelas Evidence menghadap Prof. Akram ni dah mass lecture lagi". "eh, dah final year" bla.bla.bla.

yang lagi penting dan selalu bermain dalam kepala, ->what is my contribution to Islam?. oh, akrimi ! apa yang diri ni dah buat untuk da'wah? untuk tarbiyyah diri sendiri apatah lagi orang lain? apa yang berlaku pada semua orang Islam kat dunia ni? oh!!!

Sultan Mohamed Al-Fateh berjaya menakhluki kota Konstantinopel pada waktu umurnya 24 tahun. oke. that's amazing. me myself? kalaulah kena lantik jadi panglima perang, koff koff dan pada waktu menjangkau 23 tahun masih belum ada apa-apa persediaan melawan musuh Islam, memang kalah besar, malu besar, dan sila lah balut badan macam mumia besar dek humiliation terbesar sebab umat Islam sekarang hakikatnya:

1) tidak berapa cerdik : orang bukan Islam yang pandai lagi bijaksana menguasai banyak bidang ilmu, ekonomi, senjata, dan namakan lah sendiri semua cabang yang kamu semua nak letak. oke. mereka jadi kuasa besar sebab bijak tapi kita? bijak, tapi ha, buatlah pekasam kebijaksanaan yang Allah bagi tu. suka sangat kan? 

2) hina : masalah sosial? siapa juara? tengok malaysia sudah. rempit, dadah, rompak, akhlak macam sampah sampah bertaburan DBKL lupa kutip dan semua perangai tak tentu hala. bunyi macam kasar kan? dah tu, ingat orang yang nak mengutuk hinanya orang Islam ni jarang-jarang ye kalau mengutuk cakap bahasa sopan. sekian.

3) lemah : sekejap. cuba belek peta dunia kejap. nampak 'negara Israel'? eh, negara apa sebelah-sebelah Israel tu? kiri kanan tepi belakang depan keliling? negara Islam kan? tak mampu nak lawan Israel? si pendatang tanpa izin, si penceroboh, si tetamu tak diundang tu oh, kamu kata US tolong Israel tu, sebab tu susah. eh, US tu sebenarnya ekonomi dah goyah. hutang $1.6 Trillion pun kita takut-takut? 

4) berpecah : ambil pinggan kaca, baling tinggi-tinggi dan krakkkk, krrukkkk, krekkkk, berderai prangg prangg. macam tu lah saudara-saudara Islam. pecah belah. nak berpegang pada Quran dan sunnah pun berpecah dan terbit ideologi macam macam. apatah lagi isu negara Islam ni kaya, tapi tak tolong yang lemah ni, yang ni banyak duit tapi lagi best dia kata kalau buat hotel tertinggi di dunia kat Dubai nun. kalau macam ni, macam mana nak  ramai-ramai berdepan bagaikan panglima Islam yang gagah dan macho depan penentang Islam? 


pandang diri sendiri dengan mata hati. tanya. sebelum Allah tarik nyawa kita, dan Allah akan tanya, "wahai hamba-Ku, apa yang kau lakukan dengan umurmu?" take a little step at first, do good deeds untuk agama ini. agama yang Rasulullah saw susah-susah perjuangkan untuk umatnya. sampai sakit sakit Rasulullah saw tu berperang, tercucuk pipi dengan besi, di baling tahi, di ejek orang Quraisyh, takutnya dia-rasul kita waktu Jibril menurunkan wahyu pertama menyebut-IQRA'!. bacalah!. bacalah sebab dengan itu kita dapat ilmu. ilmu tu powerful oke! mana cinta kita pada agama ini? pada Rasulullah? TT

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." (Ali-Imran:103)

suatu ketika, Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: "impikanlah". seorang pemuda berkata: "aku mengimpikan negeri ini penuh dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah". Khalifah Umar berkata lagi: "impikanlah". seorang pemuda berkata: "aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah". Khalifak Umar berkata lagi: "impikanlah". mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi wahai Amirul Mukmunin". Khalifah Umar pun berkata: "Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaydah al-Jarrah, Muadz Bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah". 

Rasulullah saw yang baik hatinya itu meninggalkan kita dengan hanya Quran dan Sunnah. insyaAllah, hidup berlandaskan ini lebih dari cukup dari segalanya. Nabi Muhammad saw tidak meninggalkan kita dengan harta kekayaan limpah limpah. bahkan Masjidilharam itu pun berlantaikan tanah, berbumbungkan pelepah tamar dan hanya itu tinggalan bangunan buat sahabatnya. hatta al-Quran waktu itupun belum Rasulullah buku kan pun. hanya memori dan hati yang bersih milik sahabat membangunkan pembukuan al-Quran. its engrave in their heart, people. sedarlah, sampai bila pun, the most important thing adalah human resources dan bukan financial resources. tersebarnya Islam oleh sahabat-sahabat bukan dengan wang dirham bergunung tapi human resources dalam jiwa yang awesome melangit itulah yang berjaya menegakkan Islam. wallahu'alam.


moga thabat dengan cinta Quran dan Sunnah.

Monday, February 11, 2013

dah jadi rindu lagi

Bismillahirrahmanirrahim.


asif jiddan incik blog kerana membiarkan kamu kosong tanpa mesej mesej da'wah. juga buat orang yang sudi baca 'blog yang pandang sebelah mata belum tentu pun sudi'.kreekkk kreekk. (goyang goyang biji mata).

aha! bukan apa, rasa macam lagi best dan feel lebih kalau dapat tulis tulis dengan tangan sendiri lalu mengeluarkan tulisan sendiri di atas helaian kertas sendiri untuk di baca sendiri sendiri. kan dah panjang lebar.  --" shewshhh.

sampai saat menaip ni pun sebenarnya kinda know nothing to write on and hatta tajuk post tak terfikir dan di taip pun. i just realise how much i miss blogging and surfing the net berlama lamaan. (sebab nearly a year internet hanya di surf-surf bilamana there are tons of assignment) or perkara penting such as e-mail-ing, google-ing yang tidak dapat tidak harus juga dibuka link nya. or else i dunno what i should do with the net (weird tak? ahah :D) and minta lah tolong orang orang tersayang untuk tolong cek kan saja apa yang patut. admitting the fact that im not deeply into techno-techno thingy. nawaitu 'pasang' internet dekat incik henpon pun tak terlaksana lagi due to the fact no. two that i just dun realise much, it would be useful someday. oh, akrimi !! 


back to the real message of the post now, (hishh, suka hilang fokus akrimi ni), i know sudah ramai antara kita yang sudah disentuh nikmat manisnya iman. nikmat berkasih sayang dengan taufik dan hidayah. tapi, sebanyak mana nikmat ini kita kongsi dengan orang lain lalu mereka sama sama merasa dengan deria mereka sendiri, indahnya hidup dengan hanya mencintai Dia lalu Dia memberi pulang cinta-Nya untuk kita rasa dan kongsi? 

jannah itu indah, cantik, osem, gorgeous, hensem lagi lawa, tak best duduk sorang sorang. jom ajak ramai ramai orang- mencintai jalan tarbiyyah dan da'wah yang memerlukan mereka yang punya mujahadah tinggi sebab, benar, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis saudaraku! (seronok seronok bahagia macam nak loncat loncat tengok ramai orang sama sama berjuang - tegakkan Islam walau apa cara sekalipun yang kita semua mampu insyaAllah).

semoga Allah redha. 

Thursday, August 2, 2012

return me please.

Bismillahirrahmanirrahim.









"Wherever you are, whatever you are doing, wherever you are going: don't forget to remember Allah. No matter how many slips ups you've had or sins you've fallen into, the door is not closed, it's still open: remember to return to Allah" 

-unknown-

Monday, July 9, 2012

breathing

Bismillahirrahmanirrahim.

subhanAllah walhamdulillah! :) sangat mensyukuri semua yang Allah beri pinjam. sangat dan sangat berterima kasih sebab Allah selalu beri signal detikan hati untuk ubah diri bila akrimi menjadi manusia yang sangat lalai + alpa + lupa diri + tak ingat akhirat + lupa misi asal tujuan hidup bla bla bla. nak tulis sangat entry baru yang panjang panjang sampai orang-yang-sudi-baca-tak-larat-nak-baca.ahah :)) insyaAllah nanti akrimi cari waktu yang sangat melapangkan dan menyenangkan dia untuk tulis tulis kat sini :) 


p/s: Tuhan, beri aku ruang hati paling nyaman dan damai boleh kan? ;)

Thursday, May 10, 2012

love of Allah

Bismillahirrahmanirrahim.



Love of Allah

By Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

The love of the Beloved must be unconditionally returned.
                                      If you claim love yet oppose the Beloved,
Then your heart is but a pretence.
You love the enemies of your Beloved
And still seek love in return.
You fight the beloved of your Beloved
Is this Love or the following of shaytaan?

True devotion is nothing but total submission
Of body and soul to One Love.
We have seen humans who claim to submit,yet their loyalties are many.
They put their trust here and their hopes there,
And their love is without consequence.

perkongsian dari an-Nooniyyah - 'Al-Walaa wal-Baraa', Muhammad Saeed al-Qahtani.


P/s: :)

Friday, March 30, 2012

kerana mereka saudaraku juga

Bismillahirrahmanirrahim.


kempen hari ni pulak:



Allah ada dengan orang-orang yang beriman :) 


teringat kata kata sorang ustaz ni waktu kuliah maghrib dulu, yang kita ini, dalam berdoa mintak macam macam dengan Allah, jangan jadi orang penting diri. ingat dengan pentingkan hal diri ni, Allah suka ke? so, insert lah juga potongan potongan doa buat saudara saudara se-Islam kita especially those yang struggle with their life di negara sendiri.doakan kesejahteraan diorang. doakan mereka yang pergi itu semua syahid pada pandangan Allah. doakan yang insyaAllah satu masa nanti sepertimana yang telah Dia janjikan, Islam akan menang dengan kuffar dan menjadi agama terhormat before the world end. doa senjata umat Islam yang paling hebat. none can beat du'a. :) and, this is one of the thing yang kita boleh dan mampu lakukan special for our Muslim brothers out there insyaAllah instead of, do spend some money as a sadaqah to help. 

kasihankan mereka. sungguh, tadi waktu tengok those videos on syrian struggles against Bashar Assad (antara manusia yang ter-paling-sangat kejam), jatuh air mata menderu deru macam hujan. akrimi kalau dicampak duduk di syria in that kind of situation and chaos belum tentu bertahan. kalau my own father, mother and sister was treated and killed 'in that kind of way' belum tentu kuat. verily, Allah said in al-Baqarah, 'la yukallifullahu nafsan illa wus a'ha'. He knows well.

Bashar Assad dengan kisahnya. (ade ke patut suruh orang sebut la illaha illa bashar - tiada sembahan selain Bashar). Astaghfirullah! dan sesiapa yang tak sebut akan dirobek mulutnya sampai terkoyak rahang. ya Allah. andai sahaja Allah turunkan bala-Nya pada engkau pakcik Bashar! Mahmoud Ahmadinejad and Hizbullah membantu Bashar menamatkan revolusi rakyat Syria. konflik negara negara Arab. Isu Palestin yang tak pernah selesai. Israel semakin bertambah kurang waras. UN tak berfungsi langsung. Russia and China menggunakan veto mereka menolak semua usul untuk mengenakan tindakan terhadap Syria. siapa peduli?

sungguh, tiada siapa yang boleh beri ketenteraman, keamanan, dan KEMENANGAN pada umat Islam kecuali Allah! bukan Obama, bukan ahmadinejad dan konco konconya, bukan nicholas sarkozy, bukan vladimir putin. kemenangan itu milik Allah! 

krisis ini bukan krisis mereka sahaja. bukan isu orang-orang arab sahaja. krisis ini krisis kita semuanya sebagai satu ummah.sepertimana sabda Nabi Muhammad saw dalam hadisnya " tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari)

kan mereka itu semua saudara se-Islam kita. sama hubungan aqidah dengan kita. dan, ketahuilah hubungan yang paling suci itu ialah hubungan aqidah. bukan darah atau bangsa.  kalau bukan kita yang ambil peduli siapa lagi? di mahkamah Allah nanti, mereka akan bangkit bertanya di mana kita waktu saudara se-Islam memerlukan. apa yang akan kita jawab? sibuk berjual beli di shopping mall? sibuk tengok running man? sibuk memujuk hati kekasih? 

tepuk dada tanya iman.wallahu 'alam.

p/s: lupa pulak, by the way, tomorrow Global March to Jerusalem Malaysia is at stadium shah alam from 5pm - 11.30pm. insyaAllah Prime Minister Palestin, Ismail Haniyeh bersama sama :) so, sesiapa yang ada ruang dan kesempatan, digalakkan hadir ye :) 

Wednesday, March 28, 2012

tak rugi pun :)

Bismillahirrahmanirrahim.


kempen hari ini: mari kita sama sama BERUSAHA menutup aurat dengan sempurna. sebab,,, saya sayang saudara saudara perempuan saya semua :)




yang penting sekali, Allah suruh kita tutup aurat dengan sempurna sebab Allah sayang kita :)

dan, disini, suka untuk saya kongsikan link klik sini from aiman azlan on Dress For Success, Muslim Style! hopefully sangat membantu dan berlapang dada tengok si aiman azlan mengomel ye :) 

oh,oh,lagi ni ha, kalau dapat cari dan baca solusi isu 41 on 'tutup aurat supaya selamat' insyaAllah sangat membantu juga :) (tak larat nak taip panjang panjang. orang bukan suka baca pun post panjang panjang - sebab saya pun malas kadang kadang baca artikel/post panjang berjela. hehe.. so, we make it short and simple oke! )

buat yang masih berusaha untuk memperbaiki diri dalam menyempurnakan penutupan aurat anda + mahu istiqamah, i would like to share with you one Quranic verse from al-Baqarah: 153, " O you who believe, seek help through patience & prayer, indeed Allah is with the patient ". 

jom tutup aurat dengan sempurna. TAK RUGI PUN! :) 

p/s: tengah dengar lagu baru from Maher Zain - Number one for me. i would love to dedicate this song to umi wardah, umi ha, and umi zainab. sayang semua 



Tuesday, March 27, 2012

Tuhan itu dekat

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah.rasa lega +tenang +relaks sedikit bila dapat juga akhirnya merasa mid-semester break yang cuma seminggu. sukasuka :) so, naik aje cuti, another 2 months to go before final exam and attachment. syukur juga pada Allah kerana semester kali ni merasa masa lebih terisi dengan banyak aktiviti selain berusaha semampu mungkin berhempas pulas dengan buku buku pelajaran. usrah dengan kak raihan pun alhamdulillah tak pernah miss setiap minggu. rasa hati ni selalu ada bekalan. seronok! :) 

tapi, dalam sibuk sibuk akrimi, banyak lagi manusia lain yang lebih lebih sibuk. (perasan busy betul lah dia ni.hehe.).maaf ya pada siapa siapa yang merasa kekurangan perhatian atau kasih atau sayang akrimi pada dia untuk jangka waktu ini. huhu. akrimi selalu ingat kalian :) moga Allah selalu bersama sama kita :)

untuk post yang ini, mari kita kongsi sikit cerita pasal sifat hati. maklumlah, semua orang pun ada kerja masing-masing, ada urusan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. amanah yang wajib ditunaikan bla.bla.bla..jadi, bilamana kita ini terlalu banyak urusan, kadang-kadang kita ter-lepas pandang atau tak ter-ingat untuk memperbanyakkan masa kita mengingati Allah. dalam 24 jam sehari, berapa jam @minit@ saat kita ingat pada Dia? (jangan angkat tangan untuk jawab.sila monolog aje dalam hati). 


perasan tidak kalau kita ini terlalu immersed dengan urusan dunia kan, hati kita tak tenang? kita rasa gelisah. andddd,, rasa macam tak best lah. so, hari tu akan jadi - 'the worst day of my life'. Islam dah provide ubat paling mujarab pada penyakit hati geli-gelisah ni. dulu-dulu, waktu zaman Nabi Muhammad saw, ada seorang sahabat nabi ni muka dia sangat sedih dan murung. dia pun pergi berjumpa Ibnu Mas'ud. lalu lelaki ni pun berkata, "wahai Ibnu Mas'ud, berikan kepadaku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk hatiku yang gelisah ini. sejak akhir-akhir ni, perasaanku tidak tenteram, jiwaku gelisah, fikiran kusut, makan tak lalu, tidur pun tak lena". habis aje lelaki itu luahkan perasaan dia, Ibnu Mas'ud pun cakap, "sekiranya itulah penyakit yang menimpa keatas kamu dan jiwamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat". iaitu:

  • tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
  • majlis ilmu yang mengingatkan kamu pada Allah swt.
  • tempat dan waktu yang mana kamu dapat beribadat pada Allah dengan khusyuk dan ikhlas.

 bestkanbestkan? senang aje sebenarnya nak merawat hati. banyak-banyakkanlah ingat pada Allah sebab hati kita akan jadi tenang seperti yang Allah dah janjikan dalam surah al-Ra'du. itu jaminan dari Allah pada kekasih kekasih Dia dan cara Allah membalas cinta kita pada Dia :) 

cintailah Allah.kita tak rugi. cinta itu datang dengan rohnya. :) 

p/s:a'la kulli hal, ya Allah, AI SHI TE RU!!! :)





Friday, March 9, 2012

kerana Allah menyayangi kamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah gerakkan hati ini. untuk terus kuat! dan diri ini akan terus terus kuat. kerana diri ini mahu menyambut kasih sayang Dia :)


"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa." (Muhammad bin Abdullah saw)

dan,
akrimi mahu terus tersenyum senang. biar pun ribut dan hujan menenggelamkan pelangi indahnya :). kerana,

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

akrimi hamba yang kerdil.dia tak tahu urusan Tuhannya. maka akrimi akan berusaha untuk terus senyum dan lapang hati. walaupun dia sendiri tahu langit tak selalu cerah, bintang bukan selalu kelihatan, siang akan berganti malam. hidup ini tak mudah. lalu mujahadah itu pahit, syurga itu manis :)

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
(Salim A Fillah)




:)

Saturday, February 18, 2012

searching for a nur

Bismillahirrahmanirrahim.


Ambillah aku kembali ya Allah. peluklah hati ini dengan cinta-Mu ya Allah.ambil aku.. sungguh.
“ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang” (ar-Ra’d: 28)
p/s: aku mahu dekat dengan-Mu. Dekat sangattt. Aku mahu jadi hamba-Mu yang rabbani. Yang segenap sisi hidupku ini berhubung dengan-Mu. Hanya kerana-Mu Tuhan. Sedihnya hati ini ya Allah. sedih.

sesungguhnya: Raihan


wind rustling the trees

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah wa syukur lillah. Terima Kasih buat Dia yang sudi pinjamkan gas oxygen, buat diri ini masih boleh bernafas saat bangun dari tidur yang lena malam tadi. Yeay! J Masih kuat dan sihat untuk berjalan dalam hidup, untuk diri ini merasa senang melihat kisah hidup sendiri. Yang insyaAllah dengan sekuat hati akrimi, membina sebanyak mungkin kebaikan dan kebaikan yang faktanya, masih sangat kurang.
Oh.terima kasih berbakul bakul buat kawan tercomel, cik aida nabihah sebab ajak akrimi ni pergi ta’alim hari khamis lepas yang full house. Suka! J Kalau tak, entah apa ajalah yang akrimi ni akan buat malam malam hari. Tidur awal agaknya! Ahah.
Ta’alim: ukhuwwah kasih sejarak 2 jari (part II) memang best. subhanAllah! Rasa terisi sungguh hati ni. Rasa hati ni diketuk berkali kali supaya cepat cepat muhasabah balik ukhuwwah yang kita dah bina dengan sahabat sahabat kita. ukhuwwah yang bukan hanya kita bina dengan sahabat sahabat dalam usrah, tapi dengan semua orang.
Actually sangat tertarik bila starting aje, ada sorang student lelaki ni (entah tak tau sapa, tapi dialah yang dijemput baca quranic ayat once the programme started), quoted surah Ali-Imran verse 102-105. Tafsir ayat tu sangat best. Nak tau? Sila buka tafsir anda dan cek. Jangan malas malas oke J


Know what, manisnya ukhuwwah ni hanya akan dapat kita rasa bila kita ni berkasih sayang kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. solely because of Him. Semua ni sebenarnya, menunjukkan tahap iman kita. so, ukur ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak cukup lagi ukurannya, perbaikilah insyaAllah J manisnya ukhuwwah ini hasilnya ialah kepuasan dalam jiwa. Jiwa yang cantik sebab jiwa itu jiwa yang bernafas dalam iman. Macam contoh yang ustaz mazrul bagi, sekumpulan lelaki yang pakai jersey yang sama, warna yang sama, team yang sama, then, together watch a football game, the team win and all of them berasa suka gumbira riang ria, rasa puas. Lebih kurang macam tu lah ukhuwwah should works. Berukhuwwah dan merasa puas insyaAllah. Manisnya ukhuwwah ini juga work well when it blends dengan tasammuh (tolak ansur) dan tabayyun (menerima dan memaafkan). Memang susah juga untuk dengan seikhlas hati membina this two things dalam hati. It will only grow up well in the heart, bila kita ini cinta, ya, cinta pada sahabat kita. sepertimana cintanya sahabat sahabat Nabi Muhammad saw antara mereka untuk membangunkan Islam. subhanAllah!
Berukhuwwah lah kerana Allah. hanya kerana Dia. hidupkan Islam dalam jiwa!

Friday, January 20, 2012

hujan berderai dan angin pun menderu

Bismillahirrahmanirrahim.



sungguh. hati ini rasa bahagia bila ada hijrah. hijrah yang lebih baik. moga sampai destinasi :)

"orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya" (at-Taubah:20)



Sunday, December 18, 2011

little beads

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. hembusan roh dari Allah buat Maryam Safiyyah selamat lahir ke dunia. say HELLO to the world oke baby maryam!! :)





si kecik maryam safiyyah yang baru umur sehari ;)


"Setiap anak yang lahir itu, ianya dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanya akan mencorakkan anak tersebut menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi" (Hadith Riwayat Bukhari).

 bila besar cumei cantik macam maksud nama maryam safiyyah, jangan lupa banyakkan sedekah doa untuk umi dan abi oke! :) jadi budak baik dan pandai macam umi eh. (baby dalam perut pun hari hari pergi  uia dan ke kelas dengar lecture) ahah :)


p/s: terharunya hati dapat peluk dan cium baby baru lahir :)




Sunday, December 11, 2011

nur dalam kasih

Bismillahirrahmanirrahim.


suka untuk quote this and may it helps us to purify our heart:



"Segala yang disayangi, jika tidak dicintai demi kerana-Nya maka cinta ini hanyalah kesusahan dan penderitaan. Setiap tindakan yang tidak dilakukan demi keranaNya, maka ia adalah sia-sia dan terasing. Setiap hati yang tiada hubungan dengan-Nya adalah menuju kebinasaan; terhijab dari mencapai kejayaan dan kebahagiaan".(Ibn Qayyim Al Jawziyyah)

Saturday, December 10, 2011

call of duty

Bismillahirrahmanirrahim.


nearly to final examination now. masa berlalu macam cepat sangat kan. praise to Allah and owe Him so much untuk semua yang Dia beri pinjam till now and then. :)  alhamdulillah, hari hari adalah hari yang membahagiakan walau memang bertingkat dan berbakul bakul juga amanah dan tanggungjawab. banyak urusan yang perlu dijaga - i mean urusan dengan Allah and at the same time menjaga juga hablumminannas. 

masih berbaki 2 weeks to be exact before final. and still got another two minor tests. moga dimudahkan semua. sihat badan, terang hati, lapang fikiran dan boleh absorb semua ilmu dengan mudah insyaAllah.not to forget, mengutamakan Allah in everything. opps, kalau ada yang rasa macam dah tak larat sekarang before the true battle start, refresh your niat and ingat main goal dalam hidup -> menjadi khalifah Allah dan tak sempurnalah sifat khalifah kalau education tak berapa nak best oke! :) 


oh, today is the end of parenting class (co-curricular course). sangat sedih sebenarnya and masa madam Nury Maryam yang baik hati dan solehah tu tanya "is there anyone who want to give your last words?" rasa macam nakkk je volunteer myself. tapi masa tu hati ni macam sendu sangat and i just let it go. nanti terkeluar air mata depan semua orang dalam kelas tak ke haru jadinya. -_-" that class memang TERSANGATLAH beneficial and i learnt a lot from Madam Nury Maryam yang educated tu. every saturday pergi kelas parenting rasa macam pergi kursus kahwin + keibu bapaan. ahah :) memang lengkap madam Nury kongsi ilmu. and every words uttered by her was really a reflection of Quran and sunnah. and i promise to myself akan ingat the main key said by her over and over -ISTIKHARAH. terima kasih Allah sebab bagi saya peluang belajar dengan such a wonderful lecturer :)  may next semester co-curricular course- community service pun best! insyaAllah ;)

and may kelas Revenue Law dengan Dr Mohsin untuk sem depan pun best. memandangkan kelas banking and corporate law tak di offer untuk elective course sem depan, maka haruslah akrimi mengambil apa apa yang ada. sudahlah nak ambil medical law sudah penuh.Kelas Alternative Disputes Resolution lagilah, waktu batch atas daftar lagi dah penuh. huhu. takpe, next time boleh amek lagi or buat audit je. lawa sikit sijil bila grad. hehe :) 

whatever it is, regardless of whatever happened in life, badai semalam or badai mendatang, hujan emas or hujan batu, mendung atau ribut, suka atau duka please remember that:

Ibnu Abbas r.a pernah berkata "Aku pernah duduk di belakang Nabi Muhammad saw. pada suatu hari, Baginda bersabda kepadaku: 'Wahai anak! sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah. Jagalah Allah (mentaati perintah-Nya) dan Dia akan menjaga dirimu. Peliharalah Allah dan Dia akan memeliharamu. Apabila engkau meminta, memintalah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan dengan Allah...(Riwayat al-Tarmizi)




p/s: till then. may Allah bless :)



Monday, November 28, 2011

through the hallway

Bismillahirrahmanirrahim.


"beruntunglah orang yang mempertahankan imannya, walaupun jalannya derita dan pahit namun hasilnya indah dan manis - cabaran ada di mana-mana" (solusi isu 38)


p/s: sedang dengar lagu permergian-inteam (sekarang sudah masuk 10x tak henti). rinduuuunya dengan Rasulullah! lagi lagi tadi baca solusi ada kolum tentang kewafatan Nabi Muhammad saw dan presentation untuk kelas method of da'wah minggu depan pun pasal prophetic methodology in da'wah. sayunya ya Allah...

Friday, November 25, 2011

a violin next to the window

Bismillahirrahmanirrahim.




suka dengar orang yang bicaranya bahasa yang baik baik aja. walaupun bukanlah bicara orang itu quranic ayat or hadith 24/7. tapi isi kata kata dia reflects apa yang al-Quran dan hadith kata. (dan akrimi sedang memandang diri sendiri lalu fikir apa sajalah ayat ayat yang sudah keluar dari mulut dia).

Rasulullah saw bersabda, "janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah"


p/s: tak lama lagi awal muharram. sama sama hijrah untuk jadi lebih baik rohani dan jasmani jom!! :)