Sunday, October 9, 2011

encik abu dan encik tuah

Bismillahirrahmanirrahim.


si adik awin, mahu tengok encik Abu dan encik Tuah kepunyaan kak Fazreen kan, nah, ini dia. jangan jeles tahu. kaklong dah peluk peluk cium meoowww. ahah :)


ABU


ini gambar Abu yang paling kak Fazreen suka. kita letak sebagai penghormatan pada tuan iye :)




comel kan, comel kan Abu ni. meoww meoww.

TUAH






Tuah pun comel comel comel kan :) oke, kita boleh tengok je. jangan mengada mahu letak satu dekat rumah. nanti asma + lelah umi teruk. siapa susah? :)


p/s: semalam mimpi pasal baby meow belang belang yang hanya sempat dijaga 3 hari dekat kedai. lepastu baby meow hilang diambil orang kata makcik belakang kedai ayah. sedihnya. baby meow datang dalam mimpi. dia dah besar sikit. rindunya.




love light

Bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. sudah masuk dua puluh satu tahun sejak lima hari lalu. tiada majlis yang meletup-letup, terlebih grant atau special habis. hari lahir hari puasa sunat. sebab Rasulullah berpuasa setiap isnin yang mana hari isnin ialah hari baginda lahir. sunnah kan ikut cara Rasulullah? :) sahur dengan buah salak pemberian abah sebelum tidur. jauh abah datang. terima kasih daun keladi buat si gula melaka :) (buah salak disimpan sehari tak bersentuh semata mata mahu jadikan makanan paling best waktu birthday) ahahh. lalu, hari lahir sederhana sahaja. (selama ini pun sederhana juga) yang paling penting, hati ini sangat bahagia bila Allah masih panjangkan umur. (harap harap umur yang panjang ini, buat saya lebih banyak berbuat kebajikan dan amal dari dosa tak berkesudahan. kalau tidak, rugi sungguh jadi manusia panjang umur)

"dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-Nahl:18)

p/s: sekarang musim haji. cemburu sungguh lihat orang dapat pergi rumah Allah naik haji. niat mahu daftar nama lah dekat Tabung Haji. tapi mahu tunggu gula melaka pulang. :) kalau kumpul kumpul duit sikit sikit insyaAllah nanti mudah bila nak pergi. buat upah haji dulu pun boleh. ada rezeki sendiri, pergi atas nama sendiri :) agaknya bila ye Allah mahu kasi rezeki yang ini?