Saturday, October 31, 2009

mummy.

mummy's handwriting.she loves to call me kimmotte. =)

the card. =)

dear kimi,

"absence makes the heart grow fonder"...not necessarily when someone is no longer around, he/she will be forgotten... i'm so happy we've met, shared some time together, (some happy experience together !) too bad it was so brief. good luck kimi... be strong ! i know you'll face a lot of challenge/ conflicts/ obstacles. so, please be strong. ok! please remember, if you need advice or someone to talk to, just ring me or sms. i would never turn you away...

p/s- you know i care. right?

lots of love,

mummy herlina helmi.

*********************************

i do this by copying what had mummy wrote in her card.like it or not, it makes me sad though. i'm sinking into tears. feeling like crying. this card that i've kept all this while remind me of those days that i'll never forget.

mummy herlina.

i miss you so much lah !

p/s: i don't know why i keep thinking of her these lately.she's my ibu angkat.the one and only.

Wednesday, October 28, 2009

the steps.



i am a traveller.soul and spirit.
long i stood.
look down as far as i could.
to where it leads me on.
langittasbih.

Tuesday, October 27, 2009

choices.

terasa nak cek subjek-subjek sem depan.takde yang update lagi untuk civil subject.tapi..tiba-tiba mata ni terkelip-kelip sekejap tengok senarai subjek student yang daftar for double degree holders.

LL.B (civil)+ LL.B_S (syariah)

-Qur'anic Ayat & Hadith on Law
-Usul al-Fiqh
-Fiqh Al-Muqarran fi al-Ahwal Al Shakhisiyyah
-Legal Text
-Asbab Al-Ikhtiaf
-Islamic Law of Evidence and Procedure


ehm?? banyaknye.adui.semua tu dalam arabic language.lebih 10 credit hours dari student yang ambik civil je pulak tu.ini tak campur subject compulsory untuk civil law.tak aci nyee.
rasa nak terbang.tapi tak terbang-terbang.berat benar bahu memikul.

berkorban.
berkorban.
berkorban.

blogger-emoticon.blogspot.com + :sweaty: + :hilo:= blogger-emoticon.blogspot.com


answer: semoga istikharah menunjuk jalan.

Monday, October 26, 2009

Al-fatihah.

“setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”
( Ali imran : 185 )


7.26 pagi : dapat mesej dari masyitah.
“kak, izaifah dah pergi.maghrib semalam”.Innalillah..

izaifah itu pelajar asasi ilmu wahyu.tidak juga saya berapa kenal.tidak sebilik apatah lagi sekelas.kenal-kenal begitu. seingat saya, cuma pernah 2 kali jumpa arwah. itupun, kebetulan waktu makan tengahari di kafe .semua meja penuh. jadi, saya dan masyitah yang cuma makan berdua jemput-jemput arwah makan sekali. 2 kali jumpa arwah. dan 2 kali itu sewaktu makan tengahari. kasihan tengok arwah waktu tu. perlahan je arwah angkat sudu nak makan. mungkin arwah tak larat.

lama arwah berhenti sekejap belajar.2 sem. dan nak dekat akhir-akhir sem lepas baru arwah sambung balik belajar.itupun sebab dah sihat sikit katanya walaupun muka arwah selalu pucat. tapi, Allah lebih sayangkan dia..

siapa sangka. sudah tertulis di luh mahfuz panjang itu saja umurnya.
lalu, bertanya pada diri, entah bila pula saat saya. sebentar lagi? tidak lama lagi? atau lambat lagi?

Allah jua mengetahui segala sesuatu.
banyak sudahkah amalan yang dibawa?

**muhasabah**

Sunday, October 25, 2009

auni insyirah.

kakak mahu jumpa auni lagi !
nak cubit-cubit.
nak picit-picit.
comel.
bulat macam mashimaro.
=)

unexpected.

‘’ Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.’’ ( Lukman : 12 )

Results already out.

lama tunggu.tersiksa betul.takut-takut ada paper tak lepas.mana taknya, masa tengah jawab exam final boleh pulak ter-mengantuk sambil menguap-nguap tak habis. Ni sebab dah stay up lama-lama lah ni.siapa suruh minum nescafe.rasanya,semua paper jawab sambil segar(ala-ala fokus bersemangat)+mengantuk.aduhai.tambah pula, sem lepas sem yang ter-paling-sangat-busy.tapi, Allah dah berjanji dalam kalamNya : sesiapa yang membantu agama Allah maka Allah akan membantunya.ingatkan tak ok.tapi, syukur Alhamdulillah. =)

Allah makbulkan permintaan hamba-Nya. =)

nak senyum panjang-panjang.lebar-lebar.heee~

INTRODUCTION TO LAW: A-
INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW: A-
ISLAMIC LEGAL HISTORY: A-
GENERAL PRINCIPLES OF LAW 1: B+
GENERAL PRINCIPLES OF LAW 2: A-
BASIC LEGAL METHOD: A-
LAW AND SOCIETY: A-

Ok.takpelah.walaupun berderet A- dan bukan A+.itukan rezeki juga.

=)

.Hardworking is my gold key.

baru teringat.

2 bulan lepas.

masyitah : kak, jangan lupa ye habiskan silibus usrah tu dengan adik-adik 1st year.

akrimi : a'ah lah.ok2.insyaAllah.ingat nak buat minggu ni.minggu depan dah start sibuk lah.

masyitah : ok.ucu ingatkan je.nanti tak lah susah pada kak atau orang lain.kalau kak tak faham apa-apa, kita boleh bincang sama-sama topik tu sebelum bincang dengan adik-adik.

akrimi : terima kasih ucu. ucu dah habis semua bab?

masyitah : dah.




***************************************************************
pagi tadi belek-belek balik kertas dalam fail ungu.
Ya Allah..
baru teringat!
ternampak selitan kertas silibus usrah tu..
patutlah hati ni rasa tak tenang.sungguh.
apala ni..ya Allah..

ada lagi satu topik usrah saya tak sentuh dengan adik-adik berlima tu.
terlupa langsung tentang.. saya..si kakak yang terlupa berusrah bersama adik-adiknya.

aduhaii.
sudahlah mahu ke Gombak dah.
takkan lah mahu letak tanggungjawab tu pada sahabat-sahabat naqibah yang lain di Nilai.
atau perlu saya ke UIA nilai minggu depan?

tak boleh jadi ni..
mana saya letak tanggungjawab saya ni..
hanya Engkau jua mengetahui hati ini..

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (al-anfal : 27)
( tengok cermin.nampak muka sendiri. )
huhu~

Saturday, October 24, 2009

adik awin's graduation.

curi-curi tangkap gambar adik awin.adik tengah cari umi dalam surau.hehe.

adik awin friends.

pergi mrsm kuantan. tengok graduasi adik awin.
congrats adik awin for your 3.94..
Kaklong proud of you lah. =)

masa kat maktab adik awin.my memory fly back.teringat 2 tahun lepas.
kat kuala lipis.sangat-sangat teringat.RINDU.

rindu kawan-kawan.rindu cikgu-cikgu.rindu kelas.
rindu roommates.rindu maktab.rindu semua-semua.

masa tu rasa macam nak nangis pun ada. (ada ke patut?)
bila tengok adik awin gelak-gelak dengan kawan-kawan.
teringat saat saya juga gelak-gelak dengan kawan-kawan dulu.

and.i really-really have a great time with you guys..
my form 4 roomates.raidah,shu,cera.and my form 5 rommates.icha,nojie,and asilah.
yang tak tulis nama tu,all of you are still in my heart.really.

i miss my old times so much!

Tuesday, October 13, 2009

may i help u please?

kerjaya : cleaning lady

jadi orang yang cuci-cuci.dan kemas-kemas.lap-lap.dan sapu-sapu.
bahagia.sebab saya sangat suka mengemas dan sewaktu dengannya.
waktu sentiasa terisi.tidak terbuang begitu sahaja.

mengemas dan menyapu.
telinga mendengar.
bunyi anak cina rumah sebelah main piano.
cakap-cakap mak Ha dan ayah shariff tentang PRK bagan pinang.
motor dan kereta menderum atas jalan tar.
kucing comel mengiau.
budak-budak bermain luar rumah.
dan..bunyi srrpp..srpp..sampah masuk dalam penyodok.

may i help u please?
orang dalam rumah tersenyum.

Kerja apapun..itu ibadah.Islam itu indah

Tuesday, October 6, 2009

a love to tell.

rindu.
bau rumput hijau waktu pagi.
titik-titik air atas daun keladi.
sinar matahari terik tengahari.
lembut hembusan angin bila petang hampir berlabuh.
mahu pulang kembali.
kampung Jelor,Pasir Puteh, Kelantan.

rindu.sungguh.